Skip to main content

Hiburan

Siti Sebak & Kak Ani Rasa Kecil Bakal Duet Hati Kama Selepas 25 Tahun di Konsert Tradisional Gema Bumantara

Siti Nurhaliza

Sekilas

  • Datuk Seri Siti Nurhaliza sebak semasa mengumumkan Konsert Gema Bumantara yang menampilkan kolaborasi semula bersama Noraniza Idris selepas 25 tahun.
  • Noraniza Idris meluahkan rasa gugup untuk berduet dengan Siti dalam lagu ikonik mereka, Hati Kama, di konsert tradisional terbesar ini.
  • Konsert Gema Bumantara akan berlangsung pada 17 Oktober 2026 di TM Stadium Nasional Bukit Jalil dan turut menampilkan penyanyi muda serta bintang dari Indonesia.
Advertisement

Biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sebak saat berbicara mengenai Konsert Gema Bumantara yang antaranya akan melakar sejarah kolaborasi semula bersama penghibur Irama Malaysia, Noraniza Idris.

Sambil meminta maaf kerana sebak, Siti menyifatkan konsert tradisional sulung selepas tiga dekad pembabitannya sebagai anak seni sebagai sebuah sejarah yang mungkin tidak akan terulang.

Advertisement

“Saya memang cakap dengan Kak Zie (Rozie) konsert ini kena ada Kak Ani (Noraniza Idris). Kita kena jemput Kak Ani.

“Saya gembira dan maaf saya sebak kerana saya tidak tahu bila lagi boleh buat konsert tradisional terbesar  seperti ini.

“Dan saya nak mereka yang hebat ini terutama pejuang irama tradisional boleh ada bersama-sama.

Maaf, sebab itu saya teremosional,” ujar Siti saat ditemui pada sidang akhbar dan pelancaran Konsert Gema Bumantara di Royal Chulan, Kuala Lumpur.

Sementara itu, Noraniza Idris atau Kak Ani melahirkan rasa ‘seram’ untuk kembali  berduet dengan Siti menerusi lagu ikonik  mereka, Hati Kama.

“Ya Allah Kak Ani sebenarnya seram. Seram nak menyanyi dengan Siti Nurhaliza.

“Sebab sudah 25 tahun kami tidak menyanyikan lagu Hati Kama secara duet apa lagi dalam sebuah konsert besar dengan format orkestra, Kak Ani sangat takut.

“Kak Ani rasa sangat kecil di sisi Siti Nurhaliza,” luah Kak Ani yang manis bersongket biru.

Lagu Hati Kama dimuatkan dalam album Seri Balas pada tahun 1999.
Sementara itu, Gema Bumantara yang bakal berlangsung di TM Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur turut menyaksikan Siti menjemput penyanyi generasi muda iaitu Haziq Rosebi serta dua bintang Indonesia, King Nassar dan Lesti Kejora.

Konsert tradisional sulung ini dijadual berlangsung pada 17 Oktober 2026.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement