Skip to main content

Hiburan

So Sweet! Syed Saddiq Buat Kejutan Lagi Untuk Bella Astillah

So Sweet! Syed Saddiq Buat Kejutan Lagi Untuk Bella Astillah

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, buat kejutan dengan memberikan minyak wangi Bodibreze Leona sebagai doorgift kepada 3,000 tetamu majlis resepsi perkahwinannya dengan Bella Astillah.
  • Hadiah tersebut dipilih kerana ia adalah haruman kegemaran Bella, dan kejutan itu dirancang tanpa pengetahuan isterinya yang menyangka masih dalam perbincangan.
  • Rata-rata tetamu menghargai doorgift tersebut dan menganggapnya sebagai kenangan manis dari majlis perkahwinan pasangan itu.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sekali lagi mencuri perhatian apabila merancang kejutan istimewa buat isterinya, pelakon dan penyanyi Bella Astillah, sempena majlis resepsi perkahwinan mereka baru-baru ini.

Menurut Syed Saddiq, kejutan itu dirancang selepas melihat Bella sibuk memikirkan hadiah terbaik untuk diberikan kepada tetamu yang hadir pada majlis resepsi mereka.

Advertisement

“Saya ada sedikit kejutan untuk isteri saya. Saya tahu dia sekarang tengah sangat sibuk, pecah kepala fikirkan untuk memberikan hadiah-hadiah yang terbaik kepada semua tetamu, dan bukan kecil ya, dalam 3,000 orang semasa majlis resepsi kami.

“In fact, masalah itu all resolved sebab saya tahu isteri saya daripada dulu memang pakai minyak wangi Bodibreze Leona. Saya rasa korang pun tahu juga benda ini dah berkali-kali.

“Apalah cara terbaik daripada kita berikan kepada semua tetamu, bukan seorang, bukan 10, bukan VVIP sahaja, tetapi setiap seorang yang hadir dapat Bodibreze Leona, haruman yang Bella sangat suka khususnya,” katanya.

Advertisement

Tambah Syed Saddiq, pada ketika itu Bella masih belum mengetahui bahawa perancangan tersebut sudah pun dimuktamadkan kerana isterinya menyangka mereka masih dalam proses perbincangan.

“Dia tak tahu lagi, dia masih ingat kita masih dalam proses untuk berbincang, padahal it's done, sealed, and signed. Jadi kita beri kejutan kepada dia sekejap lagi,” ujarnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata tetamu yang hadir sewaktu majlis resepsi itu menzahirkan ucapan terima kasih dan mahu menjadikan hadiah tersebut sebagai satu kenangan indah buat mereka.

"Thankyou so much YB! Doorgift ni akan disimpan sebagai kenangan untuk selama lamanya!

"Doorgift sangat comel dan Abe Wee nak simpan buat kenangan ❤️🥰

"Alaa makin sweet ek lepas kahwin, aiyooo lovenyaa tengok.

"Alhamdulillah bertuahnya siapa yg dapat😍😍

"Untungnya yg dpt,yg hadir3000. ini bkn tentang harga,tapi pemberian sebagai kenangan di majlis perkahwinan BASS.

"Perfume, symbolic Bella. Guest dapat notebook jugak kan, symbolic YBSS 🤭," komen netizen.


 

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement