Skip to main content

Hiburan

Sofyank, Mshaffuan Anggap ASCU ‘Training Ground’ Sebelum Hasilkan Filem Sendiri

Astro Gempak 470

Sekilas

  • Sofyank dan Mshaffuan melihat projek Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU): Kitab Kataha sebagai medan latihan penting sebelum mereka menghasilkan filem sendiri kelak.
  • Mereka mendapat sokongan teknikal daripada pengarah sinematografi Nicholas Chin, membolehkan mereka fokus pada penceritaan dalam produksi berskala besar.
  • Projek ini dihasilkan dalam masa dua bulan dengan penggambaran satu hari di Banting, dan teaser ASCU: Kitab Kataha kini mencetuskan pelbagai teori dalam kalangan peminat filem tempatan.
Advertisement

Pencipta kandungan terkenal, Sofyank dan pengarah kreatif, Mshaffuan mengakui penglibatan mereka dalam projek Astro Shaw Cinematic Universe (ASCU): Kitab Kataha dianggap sebagai medan latihan sebelum merealisasikan impian menghasilkan filem sendiri suatu hari nanti.

Menurut Sofyank, dia dan Mshaffuan sebenarnya sudah lama menyimpan impian untuk bergelar pengarah filem meskipun memulakan kerjaya sebagai pencipta kandungan digital.

“Bagi pihak kami, kami membesar bukan sebagai orang filem asal, tapi sebagai content creator.

“Saya kenal Saffuan dah hampir 10 tahun dan sejak mula lagi kami memang ada impian nak buat filem,” katanya.

Tambahnya, projek ASCU: Kitab Kataha menjadi ruang terbaik untuk mereka menimba pengalaman dalam dunia produksi berskala besar.

“Jadi projek ini adalah ‘training ground’ kami sebelum betul-betul buat filem satu hari nanti,” ujarnya.

Dalam masa sama, Sofyank berkata mereka banyak menerima sokongan daripada pengarah sinematografi, Nicholas Chin yang membantu dari segi teknikal dan pengalaman produksi.

“Dari segi teknikal kami tak risau sangat sebab ada sokongan besar daripada Nicholas.

“Dia yang banyak guide kami dari segi pengalaman dan maklumat produksi. Kami pula lebih fokus kepada storytelling dan macam mana nak sampaikan cerita dalam masa singkat,” katanya.

Menurutnya lagi, perkembangan positif industri filem tempatan ketika ini turut memberi inspirasi kepada mereka untuk terus berkarya.

“Alhamdulillah saya bersyukur dengan perkembangan industri sekarang. Ada filem macam Tarung, Malam Terlarang, Good Boys Go To Heaven dan Blood Brothers.

“Momentum ini yang buat industri kita makin maju,” katanya.

Tambah Sofyank, dia dan Mshaffuan juga mahu melihat Malaysia berada setanding negara jiran dari segi penghasilan karya kreatif.

“Kami nak bagi satu tanda aras baharu selain Hollywood supaya orang luar nampak Malaysia pun ada sesuatu.

“Tengok saja Thailand atau Indonesia, itu dah cukup untuk buat kita tahu di mana Malaysia patut berada,” ujarnya.

Mengulas mengenai pembikinan teaser ASCU: Kitab Kataha, Sofyank berkata keseluruhan proses mengambil masa kira-kira dua bulan termasuk persediaan, produksi dan pasca-produksi.

“Penggambaran pula hanya satu hari penuh di kawasan Banting, Selangor,” katanya.

Astro Shaw sebelum ini melancarkan video terbaharu ASCU: Kitab Kataha yang kini mencetuskan pelbagai teori dan persoalan dalam kalangan peminat dunia sinematik tempatan.

Video berdurasi satu minit 52 saat itu menampilkan karakter misteri bersama sebuah kitab bersimbol segitiga yang dipercayai mempunyai kaitan besar dengan dunia ASCU.

Anda mungkin berminat dengan

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

POP MART DIMOO Moments in Bloom Series Figures

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Charlotte Tilbury Airbrush Flawless Setting Spr-ay [100ml x1 / x2, 200ml x1, 34ml x2, Matte 100ml]

Must Watch Video

Advertisement