Pelakon, Daler Yusof menafikan dakwaan mengatakan dia mencuba untuk masuk campur dalam isu yang sedang hangat di media sosial melibatkan aktres Puteri Balqis.
Menurut Daler, dia sama sekali tidak menyokong sebarang bentuk buli sama ada secara dalam talian mahupun bersemuka malah menegaskan pendiriannya yang tegas menentang perbuatan tersebut.
“Saya totally support Balqis dan saya sangat tak suka bila orang buli orang lain, sama ada online atau depan-depan. I’m totally against bullying,” katanya.
Mengulas lanjut, Daler menjelaskan kenyataannya sebelum ini bertujuan untuk mengingatkan antara satu sama lain mengenai adab ketika bercakap apabila melibatkan wanita.
“I said nothing about MS or Balqis. Intention saya cuma nak ingatkan sebagai lelaki, kita kena jaga bahasa & adab bila bercakap pasal perempuan, walaupun dia jahat sejahat mana pun. Tak boleh rude. Itu je,” tambahnya.

Terdahulu, Daler Yusof berkongsi pendapat berhubung perkongsian tunang dan ayah tiri kepada aktres, Puteri Balqis di media sosial miliknya.
Daler menyifatkan perkongsian mereka adalah keterlaluan dan kasar untuk seorang gadis yang masih muda.
Dalam masa sama, pelakon drama Tuan Anas Mikael itu turut menyarankan agar kedua-dua mereka tidak perlu memasuki campur urusan antara Balqis dan aktres, Mia Sara.
Sementara itu, Puteri Balqis membidas kenyataan aktor, Daler Yusof yang sebelum ini meminta bapa tiri serta tunangnya agar tidak mencampuri isu kontroversi yang sedang hangat diperkatakan di media sosial.
Menerusi hantaran di Instagram, Puteri Balqis atau lebih mesra disapa sebagai Aqish meluahkan rasa kecewa terhadap kenyataan Daler yang disifatkan keterlaluan serta tidak memahami penderitaan sebenar yang dialami oleh dirinya dan keluarga.
Bagaimanapun Puteri Balqis mengambil tindakan memadam perkongsian yang dimuat naik di Instagram.