Skip to main content

Kpop

Solar Berdepan Detik Cemas, Lelaki Tiba-Tiba Lempar Kerusi Ketika Berjalan Di LA - “Saya Mengalami Lebam Pada Bahagian Kaki…”

Solar Berdepan Detik Cemas, Lelaki Tiba-Tiba Lempar Kerusi Ketika Berjalan Di LA - “Saya Mengalami Lebam Pada Bahagian Kaki…”

Sekilas

  • Solar dari kumpulan MAMAMOO mengalami detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali melemparkan kerusi kayu yang kemudian terkena kakinya semasa mereka berjalan di Los Angeles.
  • Solar berkongsi kejadian itu dalam siaran langsung di media sosial, menyatakan dia tidak pernah berinteraksi dengan lelaki tersebut sebelum insiden itu berlaku.
  • Dua pengurus yang berada bersama mereka campur tangan dan lelaki itu kemudian beredar, manakala Solar mengalami lebam yang kini sudah sembuh.
Advertisement

Anggota kumpulan MAMAMOO, Solar berdepan detik cemas apabila seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba melemparkan sebuah kerusi ketika dia sedang bersiar-bersiar.

Solar mendedahkan kejadian itu menerusi sesi siaran langsung di akaun media sosial peribadinya baru-baru ini.

Advertisement

Difahamkan kejadian itu berlaku ketika dia berada di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Menurut Solar, ketika itu dia sedang berjalan di LA bersama seorang lagi anggota MAMAMOO, iaitu Moon Byul, seorang pendandan rambut dan dua pengurus lelaki.

Kemudian terdapat seorang lelaki yang datang dari arah bertentangan secara tiba-tiba menghampiri mereka sambil membawa sebuah kerusi kayu di atas bahunya.

Jelas Solar lagi, dia mula menyedari ada sesuatu yang tidak kena apabila lelaki berkenaan dikatakan menjerit menggunakan kata-kata kesat dalam bahasa Inggeris sebelum menghempaskan kerusi tersebut ke tanah berhampiran Solar.

Kerusi berkenaan kemudiannya melantun sebelum terkena kaki Solar.

Solar menegaskan bahawa dia juga tidak pernah bertemu atau berinteraksi dengan lelaki tersebut sebelum kejadian berkenaan.

Bercerita lanjut mengenai kejadian itu, Solar berkata dua pengurus yang berjalan di belakang kemudiannya tampil campur tangan sebelum lelaki terbabit dilaporkan beredar dari lokasi.

“Kerusi itu diperbuat daripada kayu dan ia patah ketika dia melemparkannya.

“Saya mengalami lebam pada kaki, tetapi kejadian itu berlaku beberapa hari lalu dan lebam tersebut sudah hilang,” katanya.

Tambah Solar lagi, dia mengakui tidak pernah berdepan kejadian seumpama itu sepanjang hidupnya dan pada awalnya terlalu terkejut sehingga tidak menyedari kesakitan yang dialami.

“Ini kali pertama dalam hidup saya mengalami perkara seperti ini.

“Saya terlalu terkejut sehingga tidak menyedari ia menyakitkan ketika itu. Saya berada dalam keadaan sangat terkejut sehingga tidak mampu menjerit. Saya hanya kaku,” katanya.

Sumber: Allkpop

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement