Skip to main content

Hiburan

Solat, Mengaji & Zikir Buat Rezeki Atikah Suhaime Melimpah Ruah - “Alhamdulillah Tak Henti-Henti…”

Atikah Suhaime

Sekilas

  • Datin Atikah Suhaime beri kata semangat kepada individu yang sedang diuji walaupun sudah menjaga amal ibadat seperti solat, mengaji dan zikir.
  • Beliau menasihatkan supaya sentiasa positif dan yakin dengan ketentuan Allah, kerana rezeki akan datang tepat pada waktunya walaupun lambat.
  • Perkongsian Atikah ini mendapat perhatian ramai yang bersetuju dengan nasihat dan semangat yang diberikan.

Pelakon dan usahawan, Datin Atikah Suhaime berkongsi kata-kata nasihat dan semangat buat seorang individu yang ketika ini berdepan dengan pelbagai ujian meskipun sudah berusaha menjaga amal ibadatnya.

Menerusi ruangan komen hantaran individu tersebut, pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaimie ini menasihati individu terbabit untuk sentiasa positif dan yakin terhadap ketentuan Allah SWT.

"Tak lama lagi, awak akan dapat ganjaran. Dahulu saya pun fikir macam itu.

"Selepas itu sampai sekarang jaga solat, mengaji dan zikir. Alhamdulillah, Allah tak henti-henti bagi rezeki," kongsinya.

Komen itu dibuat Atikah terhadap hantaran seorang individu yang merasakan ujiannya bertambah berat selepas dia mula menjaga solat, mengaji dan berzikir.

Tambah Atikah, rezeki pemberian Allah tidak akan datang secara terus-menerus sebaliknya akan hadir tepat pada waktunya.

"Cuma kena sabarlah. Lambat sikit dapatnya. Tapi bila dah dapat, memang indah," ujarnya. 

Perkongsian itu kemudiannya meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan nasihat yang diberikan Atikah.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement