Skip to main content

Hiburan

Sophia Albarakbah Syukur Keluarga Tak Pernah Mendesak Soal Jodoh, Hormat Ruang Privasi - “Jika Saya Dapat Soalan Macam Itu…”

ASTROGEMPAK Sophia Albarakbah

Sekilas

  • Sophia Albarakbah berkata keluarganya tidak pernah mendesak soal jodoh dan sentiasa menghormati privasinya.
  • Dia akan menjawab soalan jodoh dengan santai jika ditanya, dan keluarganya menerima apa sahaja keputusan peribadinya.
  • Sophia menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama keluarga dan teruja untuk berjumpa sepupu serta menikmati juadah raya.
Advertisement

Pelakon Sophia Albarakbah memberitahu keluarganya tidak pernah mendesaknya dalam soal jodoh malah sentiasa menghormati ruang peribadinya. 

 

Advertisement

Menurut Sophia, sekiranya dia menerima soalan berkaitan jodoh ketika perjumpaan keluarga di Hari Raya, dia akan menjawab dengan baik. 

 

“Keluarga saya jenis tak menekan-nekan. Itu yang saya rasa istimewanya keluarga saya ini sebab mereka hargai privasi kita dan tak bertanya soalan-soalan (berkaitan jodoh) macam itu. 

 

“Tapi sekiranya saya dapat soalan macam itu, saya akan jawab ‘tak tahu la sebab jodoh, kematian ini kita tak tahu’. 

 

“Lagipun keluarga saya ini hormati apa saja keputusan yang kita nak buat. Nak kahwin ke tak nak kahwin ke,” katanya kepada Gempak. 

 

Dalam pada itu, pelakon filem Amira Amir ini berkata dia menyambut Aidilfitri di Kuala Lumpur bersama keluarganya. 

 

“Saya selamanya memang team raya KL. Bukan tak ada kampung, tapi saudara mara saya semua dah duduk sini. Jadi kami memang team raya KL saja,” ujarnya. 

 

Menurut Sophia, dia paling teruja untuk berjumpa dengan sepupu dan tidak sabar untuk menikmati juadah raya. 

 

“Bila raya ini paling saya teruja nak jumpa sepupu. Sebab kami semua dah besar dan ada kehidupan masing-masing. Jadi waktu raya la dapat berkumpul sama. 

 

“Selain itu saya ternanti-nantikan juadah raya sebab mak cik saudara dan sepupu saya semuanya pandai masak,” katanya. 

Anda mungkin berminat dengan

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

GILDAN Ice Silk Inner Skirt Kain Dalam Kain Sejuk Inner Dress Innerwear Iner Dalaman Muslimah Dress Inner LTK3952

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

YAN@YAN Seluar Pastel dengan Reben Lace | Lembut & Bergaya-P002

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

GOOJODOQ Switch Magnetic Suction High Sensitivity Stylus Touch Pen

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Emas Jaguar (2.91g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Papan 0.3 24K Gold Plated Jewellery (2160301)

Must Watch Video

Advertisement