Tindakan pelakon Sophia Albarakbah menziarahi pusara Allahyarham Zara Qairina nyata menyentuh hati ramai netizen.
Menerusi sebuah video yang tular, Sophia kelihatan menyiram air di kubur Allahyarham di samping beberapa selebriti lain termasuk pelakon Riezman Khuzaimi.
Advertisement
@sophiaalbarakbah AlFatihah… Pada hari Jumaat yang mabrur ini, Sophia diberi rezeki untuk menziarah kubur arwah zara qairina.Semoga segalanya dipermudahkan untuk keluarga arwah. I couldn’t hold back my tears as an overwhelming grief, pain and injustice filled the air at the grave. May there be justice. I stand against bullying. #justiceforzara #stopbullying #solidaritiforzara #IStandAgainstBullying ♬ Khusnul Khotimah - Opick
Dalam kapsyen yang dimuat naik di Instagram, Sophia, 32, meluahkan rasa sebak apabila berpeluang hadir ke pusara arwah pada hari Jumaat lalu.
“Al-Fatihah… Pada hari Jumaat yang mabrur ini, Sophia diberi rezeki untuk menziarah kubur arwah Zara Qairina. Semoga segalanya dipermudahkan untuk keluarga arwah.
“I couldn’t hold back my tears as an overwhelming grief, pain and injustice filled the air at the grave. May there be justice. I stand against bullying. #justiceforzara #stopbullying #solidaritiforzara #IStandAgainstBullying,” tulisnya.
Tindakan Sophia itu mendapat pujian ramai warganet yang menganggap pelakon berkenaan benar-benar ikhlas dan prihatin.
“Yang ni saya respect awak Sophia… dari jauh turun ke kubur arwah artis perempuan lain tak nampak lagi.
“Rasa macam dia je satu-satunya artis turun kan? Bagus sopan pakaian.
“Rasanya saya kecam Sofea selama ni sebab terpengaruh dengan netizen lain. Rasa empati dalam dirinya masih wujud, terima kasih Sofea.” komen beberapa netizen
Untuk rekod, Allahyarham Zara ditemukan tidak sedarkan diri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat tiga bangunan asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Tun Datu Mustapha Limauan, Papar pada 16 Julai lalu.
Pelajar berusia 15 tahun itu disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) keesokan harinya sebelum dikebumikan pada hari sama.
Tragedi berkenaan mencetuskan gerakan solidariti #JusticeForZara apabila timbul dakwaan arwah menjadi mangsa buli sebelum kejadian.
Sementara itu, Sophia juga mendakwa dirinya menjadi mangsa buli siber susulan kecaman melampau yang diterima di media sosial baru-baru ini.