Selepas mengakhiri hubungan dengan pasangan masing-masing, Sophia Turner dan Chris Martin dilaporkan mula menjalin asmara.
Turner, 29, sebelum ini menjalin hubungan hampir dua tahun bersama seorang lelaki dari golongan bangsawan, Peregrine 'Perry' Pearson.
Advertisement
Martin, 48, pula putus cinta dengan wanita yang sudah menjadi kekasihnya selama lapan tahun dan sempat bertunang, Dakota Johnson, 35, Jun lalu.
Hubungan asmara bintang Game of Thrones bersama vokalis Coldplay itu mula dihidu selepas mereka melakukan temu janji rahsia, dakwa satu sumber, The Daily Mail.
Pertemuan mereka berlaku hanya selepas satu minggu Turner putus cinta. Meski tiada aksi romantik berlaku namun sumber percaya Turner dan Martin sedang memulakan hubungan yang lebih serius.
Bagaimanapun agensi kedua-dua selebriti itu belum memberi sebarang komen mengenai dakwaan tersebut.
Sebelum ini, Turner memang diketahui sebagai peminat Martin dan Coldplay.
Hal itu diketahui sewaktu bekas suaminya, Joe Jonas menyediakan ucapan khas sempena ulang tahun buat Turner yang disampaikan langsung oleh Martin pada tahun 2015.
Martin pula pernah menggunakan Game of Thrones sebagai inspirasi sebuah projek amal pada tahun 2015.