Sekilas
- Pelakon Ahmad Ezzrin Loy berkongsi rasa rindu dan kesukaran menerima pemergian ibunya, Hajah Filzah Yusoff, yang meninggal dunia baru-baru ini.
- Ezzrin memilih untuk reda dan mendoakan agar arwah ibunya ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
- Netizen memberikan kata-kata semangat dan doa kepada Ezzrin serta keluarganya selepas perkongsiannya di Instagram.
Pelakon, Ahmad Ezzrin Loy meluahkan rasa rindu terhadap arwah ibunya, Hajah Filzah Yusoff yang telah kembali ke rahmatullah.
Menerusi perkongsian di Instagram, Ezzrin mengakui tidak mudah untuk dirinya kekal kuat selepas kehilangan ibu tersayang.
Dalam hantaran itu juga, Ezzrin menyatakan perasaan rindu terhadap arwah ibunya amat berat untuk ditanggung dan dia masih menyesuaikan diri dengan situasi tersebut.
“Sorry, Ma. Kali ni… susah nak kuat. Siapalah kita nak persoalkan takdir, cuma rindu tu, berat.
“Al-Fatihah, Hajah Filzah Binti Yusoff,” coretnya.

Bagaimanapun, Ezzrin berkata dia juga memilih untuk menerima pemergian ibunya dengan reda serta menitipkan doa agar arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Sementara itu, di ruangan komen netizen meluahkan rasa sebak melihat coretan adik kepada aktres Elfira Loy itu.
Rata-ratanya juga turut memberikan kata-kata semangat selain menitipkan doa agar Ezzrin sekeluarga terus diberikan kekuatan.
Untuk info, Allahyarhamah Filzah, 61, menghembuskan nafas terakhir pada pagi Ahad selepas dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan ditidurkan ketika menerima rawatan di sebuah hospital susulan menjalani satu prosedur perubatan berisiko tinggi, pada 6 Ogos lalu.
Bagaimanapun, Elfira tidak mendedahkan secara terperinci mengenai tahap kesihatan ibunya, sebaliknya memohon orang ramai mendoakan agar prosedur itu berjalan lancar