Sekilas
- Akaun media sosial rasmi BoBoiBoy diambil alih secara kreatif oleh watak Papa Zola sebagai gimik promosi untuk Papa Zola The Movie yang kini boleh distrim di Netflix.
- BoBoiBoy dan Gopal turut membalas dengan mengambil alih akaun Papa Zola sempena pelancaran teaser BoBoiBoy Movie 3, menarik perhatian dan mencetuskan perbualan hangat di kalangan peminat.
- Papa Zola The Movie kini menduduki tangga No.1 dalam kategori Movies dan Kids di Netflix Malaysia serta No.3 di Indonesia, sambil meningkatkan keterujaan peminat terhadap BoBoiBoy Movie 3.
Peminat animasi BoBoiBoy dikejutkan dengan satu ‘insiden’ pelik apabila akaun social media rasmi BoBoiBoy seolah-olah diambil alih oleh watak ikonik, Papa Zola.
Menerusi satu hantaran di social media, Papa Zola mengumumkan dirinya telah mengambil alih akaun social media BoBoiBoy.
“PENGUMUMAN! Akaun ini sekarang diambil alih oleh Papa Zola-Boy.”
Bagaimanapun, ‘pengambilalihan’ tersebut hanyalah sebahagian daripada gimik pemasaran kreatif bagi mempromosikan Papa Zola The Movie, yang kini boleh ditonton menerusi Netflix.
Susulan pelancaran teaser BoBoiBoy Movie 3, Papa Zola turut ‘menumpang perhatian’ dengan mengajak peminat menonton Papa Zola The Movie yang kini sudah boleh distrim di Netflix.
“BoBoiBoy Movie 3 baru je drop teaser… Papa Zola pula dah boleh tengok dekat Netflix! Hujung minggu ni apa lagi, layan #PapaZolaTheMovie dulu lah!” tulisnya.
Menariknya, kempen tersebut tidak terhenti di situ apabila BoBoiBoy dan Gopal pula ‘membalas’ dengan mengambil alih akaun social media rasmi Papa Zola sempena pelancaran teaser BoBoiBoy Movie 3. Pertukaran identiti antara watak-watak ikonik Monsta itu berjaya mencuri perhatian peminat dan mencetuskan perbualan di media sosial.
Dalam masa sama, Papa Zola The Movie terus menerima sambutan positif apabila kini menduduki No.1 dalam kategori Movies di Netflix Malaysia, selain berada di No.1 dalam kategori Kids di Malaysia dan No.3 dalam kategori Kids di Indonesia.
Ia bukan sahaja memberi peluang kepada penonton meluangkan masa bersama keluarga dengan menonton Papa Zola The Movie pada hujung minggu ini, malah turut meningkatkan keterujaan peminat terhadap kemunculan BoBoiBoy Movie 3.
Sementara itu, di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur dengan gimik promosi tersebut.
Antara komen yang mencuri perhatian ialah:
“Kenapa harus diambil alih sih akun BoBoiBoy nya??😭😭😭💔”
“Hahah lucu bgtt😭”
“Ga expect pada tukeran 😭”
“Papa Zola: oh macam ni rasanya pakai topi jeruk😼”
“Bisa dipercepat gak Movie 3 nya, gak sabar👏”
Di akaun social media Papa Zola pula, peminat turut tidak melepaskan peluang meninggalkan komen-komen lucu selepas BoBoiBoy dan Gopal mengambil alih akaun tersebut.
“Oh, aku gpp jadi NPC ni BoBoiBoy. 🙏😭”
“Hahah kasian Papa.”
Gimik pertukaran akaun social media antara Papa Zola, BoBoiBoy dan Gopal ini bukan sahaja berjaya menghiburkan peminat, malah menjadi cara kreatif Monsta untuk mempromosikan Papa Zola The Movie yang kini sedang distrim di Netflix serta memperkenalkan teaser BoBoiBoy Movie 3 kepada para peminat.