Teka-teki mengenai status hubungan pelakon, Nora Danish dan jejaka yang didakwa sebagai duda anak dua bernama Mickey Ayo, kembali menjadi perhatian.
Menerusi perkongsian di media sosial, nama Mickey sekali lagi menjadi bualan netizen apabila tular video pendek merakamkan dirinya lengkap berbaju Melayu berona putih seakan-akan memberi gambaran bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi.
Advertisement
Tidak cukup dengan itu, video yang dikongsikan oleh jenama @sampin.exclusive itu turut disertakan kad yang tertulis pangkal huruf M dan N beserta tarikh 8 September 2025.
“Bukan kisah pertama. Bukan juga yang kedua… Tapi aku harap, kali ini jadi yang terakhir,” tulis pada kapsyen berkenaan.
Meskipun pasangan ini masih tidak memberikan sebarang kenyataan mengenai status hubungan mereka namun ramai peminat yang sudah tidak sabar mendengar berita baik daripada kedua-dua pihak.
Bagaimanapun ada juga yang beranggapan video tersebut hanyalah sekadar gimik pemasaran jenama sampin berkenaan.