Skip to main content

Selebriti

Status Rumah Tangga Dengan Risteena Jadi Tanda Tanya, Ini Jawapan Isa Khan - “Bagi Saya, Hal Peribadi…”

Status Rumah Tangga Dengan Risteena Jadi Tanda Tanya, Ini Jawapan Isa Khan - “Bagi Saya, Hal Peribadi…”

Sekilas

  • Isa Khan memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai status rumah tangganya dengan Nur Risteena dan menegaskan hal peribadi perlu kekal peribadi.
  • Isa menjelaskan posting di media sosial yang menunjukkan tarikh 2019-2026 hanyalah gurauan dan tidak bermaksud mengaibkan sesiapa.
  • Isa berkahwin dengan kakak kepada aktres Ruhainies pada 12 Mac 2021 dan mereka masih belum dikurniakan cahaya mata.
Advertisement

Pelakon dan penyanyi Isa Khan memilih untuk tidak mengulas lebih lanjut mengenai status rumah tangganya dengan aktres Nur Risteena.

Menurut Penyanyi berusia 33 tahun itu, ada perkara yang tidak perlu dikongsikan kepada umum terutama yang melibatkan hal peribadinya.

Advertisement

“Tak ada apa-apa yang saya nak komen pun. Tak ada saya nak mendiamkan diri cumanya bagi saya, hal peribadi biarlah kekal menjadi peribadi.

“Ada benda yang kita boleh kongsikan kepada umum dan ada benda yang kita kena simpan untuk diri sendirilah. Tak semua benda yang kita perlu kongsi dengan orang lain,” katanya kepada Gempak.

Isa ditemui di majlis perkenalkan kumpulan baharunya iaitu K4LAM yang turut dianggotai oleh Dani, Zul dan Alif di The Aurum Theatre, The Garden Mall, Kuala Lumpur pada Rabu.

Sebelum ini, spekulasi mengenai rumah tangga Isa dan Risteen mula menjadi perbualan hangat selepas pelakon itu memuat naik foto di laman sosial.

Isa atau Mohammad Fara Aidid Ali Dad Khan telah memuat naik sebuah foto yang berlatar belakang berwarna hitam dengan tulisan 2019-2026 seolah memberitahu hubungan itu sudah menemui titik noktah.

Dalam pada itu, Isa menegaskan perkongsian itu hanya sekadar gurauan yang dimuat naik di laman sosial dan tidak melibatkan hal peribadinya.

“Taklah, saya memang suka bergurau-gurau saja kat sosial media tu. Saya tak mengaibkan sesiapa pun sebenarnya, tapi somehow apa yang kita post tu penerimaan orang kan berbeza.

“Kadang kita post benda baik orang fikir begitu begitu. I tak boleh ubah apa yang orang fikirkan. 

“Macam mana cara orang berfikir tu saya tak boleh ubahlah cuma saya tak ada mengaibkan mana-mana pihak.

“ Saya cuma bergurau sendiri, itu saja.Tak ada maksud apa-apa pun,” ujarnya.

Untuk info Isa mendirikan rumah tangga dengan kakak kepada aktres Ruhainies pada 12 Mac 2021 dan masih belum dikurniakan cahaya mata.

Anda mungkin berminat dengan

Men's Loose Fit with Tapered Leg & Multi-Pocket Design Baggy Pants M-8XL

Men's Loose Fit with Tapered Leg & Multi-Pocket Design Baggy Pants M-8XL

Must Watch Video

Advertisement