Skip to main content

Hollywood

Suami 17 Tahun Lebih Muda? Heidi Klum Tak Peduli Cakap Orang

ASTRO GEMPAK heidi suamimuda

Sekilas

  • Heidi Klum berkongsi bahawa jurang usia 17 tahun dengan suaminya, Tom Kaulitz, tidak menghalang kebahagiaan rumah tangga mereka sejak berkahwin pada 2019.
  • Menurut Heidi, kekuatan hubungan mereka terletak pada persamaan latar belakang budaya dan nilai hidup yang dikongsi bersama, bukan pada usia semata-mata.
  • Heidi menegaskan pentingnya saling memahami dan tidak membiarkan pandangan orang luar mempengaruhi hubungan mereka.
Advertisement

Model dan personaliti televisyen terkenal, Heidi Klum, sekali lagi menjadi perhatian apabila berkongsi pandangannya mengenai perkahwinan bersama suaminya, Tom Kaulitz, yang berusia 17 tahun lebih muda daripadanya.

Heidi, 53, mengakui jurang usia mereka sering menjadi topik perbualan ramai. Namun baginya, perkara itu tidak pernah menjadi penghalang untuk membina rumah tangga yang bahagia sejak mendirikan rumah tangga pada 2019.

Advertisement

Menurut Heidi, kekuatan hubungan mereka bukan terletak pada faktor usia, sebaliknya lahir daripada persamaan latar belakang dan nilai kehidupan yang dikongsi bersama.

"Walaupun kami mempunyai jurang usia, ada persefahaman yang berbeza apabila bersama seseorang yang berasal dari Jerman dan mempunyai akar budaya yang sama.

"Ia berbeza berbanding hubungan saya sebelum ini dengan individu dari Amerika, England atau Australia. Saya boleh menerangkan banyak perkara kepada mereka, tetapi mereka tidak membesar dengan budaya yang sama seperti saya. Sebab itu kami serasi dan berkongsi banyak nilai yang sama," katanya dalam temu bual bersama Us Weekly.

Pelantun program Germany's Next Top Model itu berkata, berkongsi asal usul yang sama menjadikan komunikasi mereka lebih mudah kerana masing-masing memahami budaya, cara hidup dan pengalaman membesar di negara kelahiran mereka.

Tambah Heidi, hubungan yang dibina atas persefahaman serta nilai yang sehaluan jauh lebih penting berbanding angka umur semata-mata.

Advertisement

Heidi dan Tom, yang juga gitaris kumpulan rock Jerman, Tokio Hotel, mula menjalinkan hubungan pada 2018 sebelum berkahwin setahun kemudian dalam sebuah majlis yang berlangsung di Itali.

Ini bukan kali pertama Heidi menjawab persoalan mengenai jurang usia mereka. Sebelum ini, beliau pernah menegaskan bahawa terlalu memikirkan pandangan orang lain hanya akan mengganggu kebahagiaan sendiri.

Bagi Heidi, setiap hubungan mempunyai cabarannya yang tersendiri dan apa yang paling penting ialah saling memahami, menikmati masa bersama serta tidak membiarkan persepsi orang luar mempengaruhi kehidupan berumah tangga.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Tali Jam 1.0CM (29961099TJ)

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

JOGER TRACKPANTS LONG PANTS, NEWEST DESIGN AND FREE SHIPPING, DAILY SPORT JOGER PANTS

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

Clashe Blouse CORDUROY Women Split Hem Solid Color Baju Kemeja Wanita Long Sleeved Simple Loose Perempuan Style Tops

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

DEEM Lapel Pocket Shirt Loose Casual Long Sleeve Kemeja Cantik Perempuan Baju Wanita Lengan Panjang

Must Watch Video

Advertisement