Skip to main content

Hiburan

Suami Adira Salahudi Buat ‘Surprise’ Sempena Hari Jadi & ‘Anniversary’, Siap Bawa Naik Limousine - “Semoga Allah…”

Suami Adira Salahudi Buat ‘Surprise’ Sempena Hari Jadi & ‘Anniversary’, Siap Bawa Naik Limousine - “Semoga Allah…”

Sekilas

  • Ammar Azizan buat kejutan romantik untuk isteri, Adira Salahudi, sempena ulang tahun kelahiran dan ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-7.
  • Kejutan termasuk sejambak bunga dan perjalanan menaiki limousine putih ke restoran istimewa.
  • Ammar berharap Adira suka kejutan tersebut dan mendoakan kesihatan serta kebahagiaan rumah tangga mereka sentiasa terpelihara.
Advertisement

Suami kepada pempengaruh, Adira Salahudi iaitu Ammar Azizan menyorot perhatian ramai apabila memberikan kejutan istimewa buat isteri tercintanya itu bersempena hari ulang tahun kelahiran serta ulang tahun perkahwinan mereka yang ketujuh tahun.

Menerusi perkongsian di Instagram (IG), dapat dilihat Ammar memberikan sejambak bunga sebelum membawa Adira menaikan sebuah limousine berwarna putih untuk ke sebuah restoran bagi meraikan hari istimewa tersebut.

Advertisement

Ujar Ammar, dia bukanlah seorang yang pandai dalam melakukan kejutan namun berharap agar Adira suka akan kejutan yang dilakukannya itu.

Ammar juga mendoakan agar Adira sentiasa diberikan kesihatan yang baik serta mendoakan agar rumah tangga mereka sentiasa dipelihara Allah SWT.

“Selamat hari lahir dan selamat ulang tahun perkahwinan kita yang ke-7 tahun isteriku.

Advertisement

“I tak pandai sangat nak buat surprise romantik macam ni, tapi tahun ni demi you, I sampai belajar dekat youtube macam mana nak buat surprise. I harap you suka dengan surprise kali ni.

“Semoga you sentiasa diberikan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur dan dipermudahkan segala urusan dalam apa saja yang you buat.

“Semoga Allah jaga rumah tangga kita dan cinta kita sampai bila bila. I love you,” kongsi Ammar.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mendoakan agar perkahwinan Ammar dan Adira berkekalan hingga ke Jannah.

Sumber: Instagram

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement