Skip to main content

Hiburan

Suami Ain Edruce Lebih Suka ‘Me Time’ Di Rumah - “Macam Sweet Kan? Ke Dia Takut Aku…”

Suami Ain Edruce Lebih Suka ‘Me Time’ Di Rumah - “Macam Sweet Kan? Ke Dia Takut Aku…”

Sekilas

  • Ain Edruce berkongsi bahawa suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa, lebih suka menghabiskan masa di rumah berbanding keluar melepak dengan rakan-rakan.
  • Amirul menganggap masa bersama keluarga di rumah sudah cukup sebagai 'me time' bagi dirinya.
  • Netizen memuji sikap Amirul yang gemar meluangkan masa bersama keluarga, dan Ain serta Amirul telah berkahwin sejak 2019 dengan dua cahaya mata.
Advertisement

Pelakon dan pengacara, Ain Edruce mengakui suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa mempunyai definisi yang berbeza mengenai ‘me time’.

Menurut Ain, Amirul merupakan seorang yang tidak seperti kebanyakan lelaki yang gemar meluangkan masa terluang dengan keluar melepak bersama rakan-rakan, sebaliknya lebih selesa menghabiskan masa di rumah.

Advertisement

Malah, bekas peserta Muzikal Lawak Superstar ini memaklumkan dia pernah bertanyakan kepada suaminya itu sama ada mahu meluangkan masa seorang diri tanpanya dan anak-anak disisi.

“Aku pernah tanya Mirul, ‘Sayang awak ni tak nak ‘me time’ ke? Saya tengok lelaki mesti keluar jumpa kawan lah, lepak lah.

“‘Tak selalu, jarang-jarang pun mesti keluar jumpa kawan. Awak langsung tak keluar rumah. Pergi kerja, balik dan duduk rumah je. Awak tak nak ‘me time’ ke?,” soal Ain.

Walau bagaimanapun, Amirul mempunyai definisi berbeza dan berpendapat bahawa berada di rumah bersama keluarga sudah memadai untuk dirinya.

“Mirul cakap ‘me time dia kat rumah dengan kite orang. Macam sweet kan? Ke dia takut aku bebel dia keluar? Aku pun tak sure.

“Antara dia takut aku bebel, atau memang dia suka dok rumah. Suami sape macam ni? kita geng!,” kongsi Ain.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap Amirul yang dilihat gemar meluangkan masa bersama keluarga berbanding keluar melepak bersama rakan-rakan.

Untuk rekod, Ain dan Amirul mendirikan rumah tangga 13 Disember 2019 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement