Skip to main content

Hiburan

Suami Amyza Aznan Dilaporkan Kritikal, Kini Ditidurkan Di Hospital Kuala Lumpur

Suami Amyza Aznan Dilaporkan Kritikal, Kini Ditidurkan Di Hospital Kuala Lumpur

Sekilas

  • Suami Amyza Aznan, Khairil Izhar Mohd Nazir, kini dalam keadaan kritikal dan sedang ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur.
  • Amyza dan pengurusnya memaklumkan bahawa mereka masih menunggu perkembangan lanjut daripada doktor.
  • Khairil pernah mengalami masalah kesihatan serius sebelum ini, termasuk sesak nafas pada Disember 2023 dan serangan jantung pada 2017.
Advertisement

Suami kepada penyanyi dan pelakon, Amyza Aznan iaitu Khairil Izhar Mohd Nazir dilaporkan berada dalam keadaan kritikal dan sedang ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur pada petang Ahad.

Berita itu dikongsikan sendiri oleh Amyza menerusi perkongsian di Instagram Story (IGs).

Advertisement

“Assalamualaikum. Suami saya Khairil Izhar Mohd Nazir berada dalam keadaan kritikal dan telah ditidurkan di Hospital Kuala Lumpur,” kongsinya.

Sementara itu, pengurus Amyza yang dikenali sebagai Farid turut berkongsi perkara yang sama dan memaklumkan bahawa mereka ketika ini masih menunggu perkembangan lanjut daripada doktor.

“Assalamualaikum, kepada rakan media dan wartawan yang masih menunggu update berkenaan suami kepada Amyza Aznan.

“Kami akan update sebarang info dalam masa terdekat setelah merujuk kepada pihak Doktor. Terima Kasih,” kongsinya.


Untuk rekod, Amyza pernah memaklumkan bahawa dia terpaksa membuat keputusan sukar bagi menyelamatkan nyawa suaminya selepas dia ditidurkan akibat sesak nafas pasa Disember 2023.

Sebelum ini, Khairil juga pernah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan swasta pada Disember 2017 akibat serangan jantung. 

Sumber: Instagram Amyza Aznan

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement