Skip to main content

Hiburan

Suami Atikah Suhaime Terkilan Dengan Hantaran Individu Pertikai Sambut Birthday Di Rumah Anak Yatim - “Sedih Lihat Perkara Ini Jadi Topik”

ASTROGEMPAK Suami Atikah

Sekilas

  • Datuk Lokman Teh menjelaskan sambutan hari lahir anaknya di rumah anak yatim adalah untuk berkongsi kegembiraan dan mengajar anaknya nilai berkongsi sejak kecil.
  • Beliau menegaskan tindakan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk dan tidak wajar dijadikan isu oleh wargamaya di media sosial.
  • Lokman dan keluarga gembira melihat anak-anak yatim seronok dan menerima hadiah, malah mereka akan terus melakukan amal sebegini.

Suami kepada pelakon Datin Atikah Suhaime iaitu Datuk Lokman Teh terkilan melihat perkongsian seorang wargamaya yang mempertikaikan tindakan meraikan hari lahir di rumah anak-anak yatim. 

 

Menerusi perkongsian individu itu berasakan tidak sesuai ibu bapa menyambut ulang tahun kelahiran anak dalam suasana gembira di hadapan golongan kurang bernasib baik.

 

Lokman bagaimanapun tampil memberi respon di ruangan komen dengan menjelaskan dia tidak terasa hati, namun berasakan perkara tersebut tidak wajar dijadikan isu.

 

“Agak sedih melihat perkara ini menjadi topik di Threads. Kita patutnya kongsi perkara positif dan memotivasikan orang tapi you buat orang ragu-ragu. 

 

“Sangat sedih untuk lihat perkara ini tapi semoga Allah merahmati awak. Salam Ramadan. Apa-apa pun saya tak terasa kalau ia ditujukan kepada saya atau sesiapa saja dalam dunia ini. 

 

“Tapi saya rasa ia topik yang bodoh untuk diperkatakan. Lihat banyak komen yang menyokong. Tak apa, saya akan lakukan lebih banyak amal,” kotanya. 

 

Lokman turut dilihat membalas salah satu komen wargamaya dengan mengatakan dia sekeluarga gembira melihat anak-anak yatim berseronok di majlis hari lahir anak mereka iaitu Mulan. 

 

“Saya cakap dekat isteri saya, ‘B nanti diorang ini dah besar dan berjaya dah mula kerja, mereka tak akan lupa sebab banyak mainan hiburan, mereka akan ingat’.

 

“Malah kek Mulan besar gila, kita sekeluarga tak makan pun. Saya pastikan kita potong dah beri kepada anak-anak yatim dulu. Tak apa, saya sekeluarga sangat gembira untuk apa yang kami lakukan dan akan terus buat,” ujarnya lagi. 

 

Menurut Lokman, sekiranya dia seorang yang pentingkan diri, dia boleh sahaja membelanjakan wang sepenuhnya untuk anaknya tanpa melibatkan pihak lain.

 

“Kalau saya jahat dan pentingkan diri, saya akan berhabis untuk Mulan. Tapi tidak, saya pilih untuk  membelanjakan mereka dan ia membuatkan kita gembira.

 

“Yang bising semua tu tak pernah kot buat charity event… Mulan yang bagi hadiah kepada anak-anak tau. Semua anak-anak so sweet, mereka sayang Mulan dan bermain dengan Mulan,” jawabnya. 

 

Tambah Lokman lagi, dia dan Atikah mahu mendidik anak perempuan mereka sejak kecil supaya belajar berkongsi kegembiraan dengan orang lain.

 

“Saya dan isteri nak ajar Mulan dari kecil. Awak nak sambut, mari sambut bersama mereka, kongsi kegembiraan bersama, jangan abaikan mereka. Perkongsian macam ini pula, low IQ,” katanya. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

❤HUGGA❤ Jooki Bunny Plushie Rabbit Matcha Green

❤HUGGA❤ Jooki Bunny Plushie Rabbit Matcha Green

NIKO Animal Wooden Puzzle

NIKO Animal Wooden Puzzle

Must-Watch Video

Advertisement