Skip to main content

Hiburan

Suami Erra Fazira Nak Menua Bersama Hingga Ke Akhir Hayat - “Tak Terlintas Untuk Saya…”

Suami Erra Fazira Nak Menua Bersama Hingga Ke Akhir Hayat - “Tak Terlintas Untuk Saya…”

Sekilas

  • Erra Fazira bertanya kepada suaminya, Ezwan Zain, sama ada dia akan berkahwin lain jika Erra tiada kelak.
  • Ezwan menjelaskan dia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lain dan berhasrat untuk hidup bersama Erra hingga ke akhir hayat.
  • Video tular ini mendapat perhatian ramai yang tersentuh dengan momen keakraban pasangan suami isteri tersebut.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Erra Fazira menyorot perhatian apabila bertanyakan satu soalan cepu emas kepada suaminya, Ezwan Zain.

Menerusi satu video tular, Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Check bertanyakan adakah Ezwan itu akan berkahwin lain sekiranya dia tiada di dunia satu hari nanti.

Advertisement

“Kalau saya dah tak ada, sayang kahwin lain tak?” soal Erra.

Menjawab kepada pertanyaan itu, Ezwan memaklumkan bahawa tidak pernah terlintas difikirannya untuk berbuat demikian malah meluahkan hasrat untuk hidup bersama Erra hingga ke akhir hayat.

“Dengan umur yang macam ni, dengan segala susah payah dan semua benda yang kita lalui, Ttakkanlah saya nak ada hati lagi nak kahwin lain.

Advertisement

“Setakat ini, saya tak terlintas langsung. Saya niat nak menua dengan sayang sampai hari tua kitalah. Amin,” ujar Ezwan.

Video tersebut kemudiannya menyorot perhatian ramai yang rata-ratanya tersentuh melihat momen suami isteri itu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement