Skip to main content

Hiburan

Suami Kak Nona Tak Melatah Dituduh Menumpang Harta & Kekayaan Isteri - “Saya Tak Marah, Itu Hanyalah Pandangan Netizen”

Suami Kak Nona

Sekilas

  • Muhammad Iskandar Ali, suami Kak Nona, menafikan dakwaan menumpang harta isteri dan menjelaskan dia hanya membantu Kak Nona semasa siaran langsung di TikTok.
  • Iskandar berkata dia tidak terasa hati dengan pandangan netizen dan menganggap bantuannya sebagai tanggungjawab, sambil berkongsi dia bekerja sebagai ejen hartanah.
  • Kak Nona mengesahkan sudah memfailkan perceraian pada Januari lalu selepas timbul spekulasi mengenai masalah rumah tangga mereka.

Suami kepada usahawan dan pempengaruh, Kak Nona iaitu Muhammad Iskandar Ali bersuara susulan dakwaan mengatakan dirinya menumpang harta isteri.

Menerusi rakaman video yang tular di TikTok, Iskandar menafikan dakwaan tersebut namun dalam masa yang sama memaklumkan dia sama sekali tidak terasa hati dengan tanggapan yang diberikan segelintir netizen.

Ujar Iskandar, dia hanya menjalankan tanggungjawab dalam membantu Kak Nona mencari rezeki setiap kali isterinya itu melakukan sesi siaran langsung di TikTok

“Ramai yang kata saya menumpang harta dan kekayaan isteri. Tapi saya tidak marah kerana ia adalah pandangan netizen.

“Apabila dalam keadaan sebegitu, kita kena toleransi dan menyokong satu sama lain.

“Saya bantu dia ketika live, saya pakai bengkung, telekung, girdle dan abaya. Itu adalah salah satu usaha saya untuk bantu isteri.

“Tapi tak mengapa, itu adalah tanggungjawab saya,” kata Iskandar.

Menjawab pula pertanyaan pengikut mengenai pekerjaannya, Iskandar memaklumkan bahawa dia bekerja sebagai seorang ejen hartanah.

“InsyaAllah, selepas raya nanti saya akan kembali melakukan aktiviti jual beli rumah atau hartanah.

“Saya masih dengan Kak Nona, doakan yang baik-baik.

Terdahulu, tular mengenai dakwaan mengenai masalah rumah tangga Iskandar dan Kak Nona selepas adik kepada isterinya yang juga usahawan iaitu Kak KM seakan memberi bayangan mereka sudah tidak lagi mempunyai ikatan.

Kak Nona kemudiannya mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Iskandar pada Januari lalu.

Sumber: TikTok

Anda mungkin berminat dengan

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

Ajwa Vip Almadinah Kurma Jumbo Dates

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

𝗧𝗔𝗦𝗕𝗜𝗛 𝗗𝗜𝗚𝗜𝗧𝗔𝗟 LCD Finger Counter Random Color Mini Handheld Electronic

Medicube Toner Pad Set

Medicube Toner Pad Set

POP MART CRYBABY Pendant

POP MART CRYBABY Pendant

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Rendang Nyet Berapi Khairul Aming (Buy 5 FREE 1)

Must-Watch Video

Advertisement