Skip to main content

Hiburan

Suami Kongsi Sebab Terpikat Dengan Zahnita Wilson - “Saya Suka Semua Benda Yang Dia…”

Zahnita Wilson

Sekilas

  • Farouk Osman mengakui terpikat dengan kemahiran memasak isterinya, Zahnita Wilson, yang menyebabkan dia juga mengalami kenaikan berat badan.
  • Zahnita bersyukur dengan kehidupan baharu yang tenang bersama suami dan menghargai sokongan serta penjagaan Farouk terhadap dirinya.
  • Mereka berkahwin pada 26 September lalu dan masih dalam proses mengenali hati budi masing-masing dalam fasa awal perkahwinan.
Advertisement

Suami kepada pelakon Zahnita Wilson iaitu Farouk Osman mengakui dia terpikat dengan air tangan isterinya yang rajin memasak sejak mereka mendirikan rumah tangga.

 

Advertisement

Pemilik nama lengkap Farouk Osman Yunus, 46, turut berseloroh mengatakan dirinya mengalami peningkatan berat badan akibat kesan menikmati hidangan air tangan suri hatinya itu.

 

“Dia pandai masak, saya suka semua benda yang dia masak. Kalau orang cakap dia naik berat badan, saya pun sama,” katanya kepada Gempak.

 

Farouk dan Zahnita ditemui ketika di majlis karpet merah Nona Gala Awards 2026 yang berlangsung di Hotel Royole Chulan, Kuala Lumpur pada Rabu. 

Advertisement

 

Sementara itu, Zahnita atau nama asalnya Zahnita Dorothy Hussein Wilson, 41, bersyukur apabila kehidupannya kini berada dalam fasa yang sangat baik dan tenang di samping suami tercinta.

 

“Kehidupan sangat baik dan tenang. Saya memang gembira. Saya cuma nak cakap terima kasih kepada semua orang di luar sana yang sering memuji saya. 

 

“Alhamdulillah, terima kasih kepada suami saya yang banyak menjaga saya. Saya terhutang budi kepada dia,” ujarnya. 

 

Mengulas lanjut mengenai fasa awal perkahwinan mereka, pelakon berusia 41 tahun itu berkata dia masih banyak perkara yang sedang dipelajari untuk mengenali hati budi serta peribadi masing-masing dengan lebih mendalam.

 

“Banyak perkara sebelum dan selepas berkahwin. Perkahwinan kami pula masih baharu dan kami masih belajar banyak tentang peribadi masing-masing. 

 

“Saya tidak sabar untuk menempuh perjalanan seumur hidup bagi mengenali dirinya dengan lebih dekat setiap hari,” jelasnya. 

 

Pada 26 September lalu, Zahnita sah bergelar isteri kepada Farouk dengan sekali lafaz di Masjid Raja Haji Fi Sabilillah, Cyberjaya. 

 

Terdahulu Zahnita pernah mendirikan rumah tangga bersama Abdul Zackery Ghouse Abdul Gafor pada 2005 namun berpisah pada Ogos 2025.

 

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Zahrafeena, 19, Zasharayna Ghouse, 14, Zahlia Syawwal, 9 dan Abd Zayden Ghouse, 5 tahun. 

Anda mungkin berminat dengan

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

adidas Tennis Pickleball Shoes Men White JQ0695

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Zara Awliya | Telekung Premium MALEEQA [Free Box Exclusive, Bag Telekung & Totebag]

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Bracelet Gelang Tangan Bulu S (2660201)

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

HABIB 916 22K Yellow Gold Charm 6800027Y

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

7pcs Woman Underwear Spender Perempuan Seluar Dalam Panties Women Mid Waist Set Wanita Woman Silk Spenda

Must Watch Video

Advertisement
Advertisement