Sekilas
- Dr Zamir Hilman tidak meletakkan sebarang syarat dalam kerjaya seni isterinya, Sissy Imann, dan memberi kepercayaan penuh kepadanya.
- Beliau bersedia secara mental menghadapi cabaran menjadi suami kepada selebriti dan menyesuaikan diri dengan perubahan dalam hidupnya.
- Sissy dan Dr Zamir selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dengan mas kahwin berupa gelang emas bernilai RM6,840 dan pertukaran hantaran mengikut adat.
Suami kepada penyanyi, Sissy Imann, Dr Zamir Hilman turak meletakkan apa-apa syarat dalam kerja seni isterinya.
Menurut Dr Zamir, dia memberi kepercayaan penuh terhadap Sissy dan pandai menjaga pergaulan.
“Dalam kerjaya dia saya tidak meletakkan apa-apa syarat lagi, asalkan dia menjaga batas sebagai seorang isteri dan saya juga akan menjga batas sebagai suami,” ujarnya ketika ditemui Gempak.
Ditanya mengenai perubahan dalam hidupnya selepas bergelar suami kepada seorang selebriti, Dr Zamir berkata dia cuba untuk menyesuaikan diri dengan keadaan itu.
“Kesan yang saya dapat, adalah bertubi-tubi mesej yang sampai dan saya tak sempat nak balas lagi. Kesan yang lain saya tak tahu tapi saya hanya ‘follow with the flow’, saya ikut sahaja.
“Saya sudah menjangkakan itu perkara itu, saya memang dah set untuk menerima apa sahaja yang mungkin saya tak pernah lalui sebelum ini.
“Saya juga dah bersedia secara mental jadi tak ada rasa apa-apa yang sebaliknya, cabaran sudah tentu ada tapi kita dah bersedia,” katanya.
Untuk info, Sissy dan Dr Zamir selamat diijabkabulkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya pada Jumaat lalu.
Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840.
Pertukaran hantaran turut disempurnakan mengikut adat, dengan tiga dulang daripada pihak Sissy dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.
Antara hantaran yang paling mencuri perhatian ialah nombor plat khas kereta SIS5795’, gabungan simbolik nama Sissy serta tahun kelahirannya, 1995.