Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Suami Titip Ucapan Terima Kasih, Nelydia Senrose Sebak Saat Tahu Jantina Bayi - “Sebelum Mendedahkan Kejutan Ini…”

IMG 5940

Sekilas

  • Pelakon Datin Nelydia Senrose dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata lelaki tidak lama lagi.
  • Berita gembira itu dikongsi melalui video di Instagram Story oleh Nadiyah Shahab semasa majlis pengumuman jantina anak mereka yang dihadiri keluarga dan rakan terdekat.
  • Hafez mengucapkan terima kasih kepada Nelydia sebagai isteri hebat dalam ucapan menyentuh hati, manakala Nelydia kelihatan sebak selepas mendengar ucapan tersebut.
Advertisement

Pelakon Datin Nelydia Senrose dan suami, Datuk Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid berkongsi berita gembira mereka bakal menimang cahaya mata lelaki, tidak lama lagi.


 

Advertisement

Berita gembira itu dikongsi pelakon dan usahawan, Nadiyah Shahab menerusi video yang dimuat naik di hantaran Instagram Story (IGs) pada majlis mengumumkan jantina anak pasanngan itu, pada Ahad.


 

Pada majlis tertutup dihadiri keluarga dan rakan terdekat itu, Hafez mengucapkan ucapan terima kasih kepada Nelydia kerana menjadi isteri hebat.

Advertisement


 

"Tidak lama lagi, keluarga kecil kita akan bertukar daripada berdua menjadi bertiga. Kehidupan kita akan berubah dan kita akan memulakan fasa baru dalam hidup kita.


 

"Sebelum mendedahkan kejutan pada hari ini (semalam), saya ingin berterima kasih kepada Nelydia kerana menjadi isteri yang hebat," katanya ketika berucap pada majlis itu.


 

Nelydia, 32, yang mengenakan busana merah dilihat gagal menahan air mata selepas mendengar ucapan menyentuh hati daripada suami tersayang.


 

Nelydia dan Hafez yang berkahwin pada April 2019 mengumumkan mereka bakal menimang cahaya mata pada 8 April lalu, iaitu selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Anda mungkin berminat dengan

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

《Mega Deal》Korean Women Woven Tie Pants Summer Casual Shorts High Waist Short Sport Ins Tide Student Girl Pants

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

SHEGLAM For The Flush Lip & Cheek Lip Tints

Must Watch Video

Advertisement