Skip to main content

Hiburan

"Suara Saya Seorang Diri Tak Cukup Kuat..." - Ella Aminuddin

Ella

Ratu rock negara, Ella Aminuddin menyorot perhatian netizen selepas memuat naik luahan hatinya di Instagram baru-baru ini.

Menerusi hantaran di Instagram itu, Ella atau nama lengkapnya Nor Zila Aminuddin meluahkan rasa kegusarannya mengenai kebebasan rakyat palestin dan kedamaian.

“Semakin kita hampiri berlabuhnya tirai berganti tahun, Ella akui hari-hari yang berlalu perlahan, melirik keliling dalam sedar tenyata dunia ini amat banyak yang telah berubah.

“Sampai bila akan berlangsung perang yang nampaknya sukar akan berhenti? Bilakah umat dan saudaraku di Palestin dan seluruh pelusuk dunia lain akan bebas dari gangguan bunyi siren, tembakan rawak raung dan tangisan?

“Adakah peluang untuk mereka dapat duduk dihidang santapan berteman harga kasih sayang yang mereka sayang?,” tulisnya.

Dalam masa sama, pelantun lagu Sembilu itu turut mengajak orang ramai untuk terus menyemai usaha ke arah keamanan.

“Ella tahu pentingnya harapan, doa, dan keinginan yang kuat. Tapi perubahan yang sebenar terjadi bila kita saling berganding tangan dan melangkah menuju gemilang bersama.

“Sekecil apa pun tindakan, tetap punyai makna. Dunia adalah seperti apa yang kita impikan, namun bersatu adalah syarat utama yang paling perlu.

“Bersama-sama, ayuh temani Ella berlangkah ke arah inisiatif aman, cintakan damai. Walau langkah kecil dan perlahan, teruskan niat bersama demi kebahagiaan kita serta generasi yang bakal menggantikan,” tambahnya.

Malah posting di Instagramnya juga tiada dan hanya tinggal hantaran mengenai luahan hatinya sahaja.

Berikut merupakan luahan hati Ella. 
 

Must-Watch Video

Advertisement