Skip to main content

Hollywood

Sudah Bercerai, Jessica Simpson & Bekas Suami Masih Tinggal Bersama Sebab Gagal Jual Rumah

Astro Gempak jessica

Sekilas

  • Jessica Simpson masih tinggal bersama bekas suaminya, Eric Johnson, di kediaman mereka di Hidden Hills, California walaupun sudah dua tahun bercerai.
  • Mereka belum berjaya menjual rumah bernilai $17.9 juta itu dan sedang berusaha mencari pembeli sambil menyelesaikan urusan selepas perpisahan.
  • Pasangan ini dikatakan masih mempunyai hubungan baik dan bekerjasama dalam menjaga anak-anak mereka secara bersama.
Advertisement

Penyanyi Jessica Simpson masih tinggal bersama bekas suaminya, Eric Johnson di kediaman mereka di Hidden Hills, California meski sudah dua tahun bercerai.

Simpson dan Johnson dilapor masih tinggal bersama kerana belum dapat menjual kediaman yang turut didiami bersama anak mereka, lapor sumber kepadaPeople.

Advertisement

Sumber sama mendakwa, Simpson, 45, dan Johnson, 46, berusaha mencari pembeli dan pada masa sama mencari ‘jalan’ untuk menyelesaikan masalah mereka selepas berpisah.

“Johnson masih tinggal dengan Simpson. Mereka masih berusaha menjual kediaman tersebut. Mereka mahu semua berada dalam keadaan stabil dan anak-anak mendapat yang terbaik meski mereka tidak lagi bersama,” dakwa sumber tersebut lagi.

Pasangan itu juga didakwa masih mempunyai hubungan yang baik dan menjalankan tanggungjawab mengasuh anak-anak secara bersama.

“Fokus utama mereka adalah anak-anak tapi mereka juga berusaha untuk melakukan yang terbaik pada masa depan,” katanya lagi.

Simpson dan Johnson pertama kali mengiklankan kediaman tersebut untuk dijual pada 11 Januari 2025, beberapa hari sebelum mereka berpisah. Mengikut rekod hartanah, kediaman tersebut mencecah nilai $17.9 juta dan masih gagal dijual sehingga kini.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement