Skip to main content

Hollywood

Sudah Cukup Kaya, Taylor Swift & Travis Kelce Tidak Mahu Hadiah Kahwin, Minta Tetamu Derma pada Badan Kebajikan

ASTRO GEMPAK tt

Sekilas

  • Taylor Swift dan Travis Kelce dijangka berkahwin tidak lama lagi dengan majlis di Madison Square Garden yang berlangsung selama dua hari.
  • Pasangan ini memilih untuk tidak menerima hadiah perkahwinan dan meminta tetamu membuat sumbangan kepada badan kebajikan pilihan masing-masing.
  • Majlis tersebut melibatkan penutupan beberapa jalan utama di Midtown Manhattan dan pengawalan ketat oleh pihak polis untuk memastikan keselamatan.

Berita perkahwinan pesohor Taylor Swift dengan Travis Kelce sedang hangat ‘dikejar’ media dunia apabila keduanya dilaporkan akan menjadi suami isteri dalam masa terdekat.

Selain melaporkan berita tentang lokasi majlis mereka yang didakwa bakal berlangsung di Madison Square Garden minggu ini, ada sumber memberitahu pasangan tersebut tidak ingin menerima hadiah daripada tetamu yang dijemput.

Menolak hadiah, pasangan karyawan seni dan atlet itu sebaliknya meminta tetamu yang hadir menyalurkan derma kepada badan kebajikan pilihan masing-masing, lapor Newnation.

Pemain San Francisco 49ers, George Kittle, mendedahkan:  "Saya ditanya apa hadiah untuk mereka. Tetapi diberitahu, 'langsung tak mahu hadiah.' Cuma saya terfikir nak hadiahkan Travis sekeping syiling lama sebab dia memang suka mengumpul syiling antik.

Seorang sumber yang lainnya pula dipetik berkata: "Mereka sudah memiliki segala-galanya. Jadi mereka fikir, mengapa tidak gunakan detik istimewa ini untuk membantu orang lain? Tetamu diminta membuat sumbangan kepada organisasi kebajikan berbanding membeli hadiah.”

Keputusan itu bukan sesuatu yang mengejutkan memandangkan Swift sememangnya terkenal dengan sifat pemurahnya.

Selepas menamatkan jelajah konsert fenomena Eras Tour yang dilaporkan meraih kutipan lebih AS$2 bilion, penyanyi berusia 36 tahun itu turut menghadiahkan bonus melebihi AS$55 juta kepada seluruh kru jelajahnya, termasuk pemandu trak yang masing-masing menerima bonus AS$100,000.

Selain itu, setiap kali mengadakan konsert di beberapa bandar di Amerika Syarikat, Swift juga dilaporkan menyumbang kepada bank makanan tempatan bagi membantu keluarga yang memerlukan.

Sementara itu AP melaporkan majlis kahwin pasangan itu dijadual berlangsung pada petang Jumaat waktu tempatan dan hanya berakhir esok pagi. The New York Times pula mendakwa acara selama dua hari itu akan dimulakan dengan majlis makan malam latihan pada Khamis yang dihadiri kira-kira 100 tetamu, sebelum majlis utama pada Jumaat menghimpunkan sehingga 1,000 jemputan.

Beberapa jalan utama di Midtown Manhattan termasuk West 31st Street dan West 33rd Street turut ditutup sepanjang acara, manakala ratusan anggota polis dikerahkan bagi memastikan keselamatan serta kelancaran majlis.

Anda mungkin berminat dengan

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Laneige Lip Sleeping Mask

Laneige Lip Sleeping Mask

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

Puma Unisex Scend Pro 2 Running Shoes - Puma White-Glowing Red 31077909

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

👩‍❤️‍👨new sweatshirt long sleeveT-shirt

Must Watch Video

Advertisement