Sekilas
- Seorang wanita di Threads meminta bantuan warganet untuk menyunting gambar dirinya bersama arwah bapanya yang sudah meninggal dunia.
- Wanita itu memuat naik foto dirinya memakai jubah graduasi dan gambar bapanya, berharap ada yang dapat gabungkan kedua gambar tersebut.
- Netizen memberi respon positif dengan menyunting gambar dan mengucapkan tahniah serta harapan agar wanita itu gembira dengan hasilnya.
Seorang wanita menyorot perhatian apabila membuat permintaan kepada warganeg untuk menyunting gambar dirinya bersama ayahnya yang sudah meninggal dunia.
Menerusi hantaran dimuat naik di aplikasi Threads, individu yang dikenali sebagai @syifardhwan memuat naik dua foto memaparkan dirinya yang mengenakan jubah graduasi beserta gambar arwah bapanya yang berbaju merah.
Wanita itu kemudiannya meminta agar kedua gambar itu disunting bersama.
“Warga Threads, boleh tak nak minta tolong editkan gambar ni bagi ada arwah ayah saya kat sebelah.
“Semoga korang yang mengedit ni dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan korang,” kongsinya.
Permintaan wanita itu pastinya direalisasikan warganet yang mempunyai keboleh untuk menyunting gambar.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dengan permintaan dan berharap agar wanita itu gembira dengan hasil gambar yang dibuat mereka.
“Saya edit gambar ini untuk awak, harap awak suka.
“Tahniah atas majlis graduasi, arwah ayah awak tentu berbangga.
“Satu momen indah apabila melihat orang yang tidak kenal antara satu sama lain saling bantu-membantu,” komen netizen
Antara gambar disunting netizen

Sumber: Threads