Skip to main content

Hiburan

Sudah Lama Terbiar, Shasha Abedul Kongsi Kisah Tentang Rumah Set Malam Terlarang - “Ada Atuk Duduk Situ Tapi…”

DVFDF

Sekilas

  • Pelakon Shasha Abedul dedahkan rumah lokasi utama filem seram Malam Terlarang sudah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.
  • Rumah itu asalnya didiami seorang warga emas bersama dua pekerjanya, tetapi hanya warga emas yang tinggal dalam rumah utama.
  • Warga emas tersebut dibawa keluar oleh anaknya pada awal PKP demi keselamatan, menyebabkan rumah itu kosong selama 4-5 tahun.
  • Banyak kemudahan di rumah tersebut rosak dan ada yang dicuri, termasuk penghawa dingin, manakala oven lama masih ada.
  • Filem Malam Terlarang yang berlatar era 1980-an kini masih ditayangkan dan mendapat sambutan hangat di pawagam Malaysia dan Brunei.

Pelakon Shasha Abedul mendedahkan rumah yang menjadi lokasi utama penggambaran filem seram Malam Terlarang sebenarnya sudah lama ditinggalkan dan tidak berpenghuni.

Menerusi perkongsiannya dalam podcast Ashhrapp Channel, Shasha berkata rumah itu pada asalnya didiami seorang warga emas bersama dua pekerjanya.

 

@ashhrapp_channel Baru tahu owner sebenar rumah tu #fyp #ceritahantu #kisahseram #horror #shashaabedul ♬ original sound - Ashhrapp Channel

 “Yang saya tahu, ada atuk duduk situ. Dia dengan gardener dan maid dia, tiga orang saja.

 

“Tapi yang duduk dalam rumah tu cuma dia seorang. Maid ada bilik sendiri, gardener ada bilik sendiri… dekat rumah tepi-tepi,” katanya.

Shasha berkata rumah tersebut telah ditinggalkan sejak awal Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) apabila anak pemilik membawa warga emas berkenaan keluar demi keselamatan.

“Last atuk duduk situ masa PKP. Dah lama… 4-5 tahun juga. Awal PKP anak dia terus bawa dia sebab dia dah tua, duduk sorang. Rumah tu ditinggalkan saja,” ujarnya.

Disebabkan ditinggalkan terlalu lama, banyak kemudahan di rumah tersebut mengalami kerosakan malah ada yang hilang dicuri.

“Aircond kena curi. Banyak benda tinggal macam tu saja. Cuma dekat dapur ada oven lama tu… yang tu masih ada. Dari zaman 80-an lagi,” katanya.

Tambah Shasha, suasana rumah itu sendiri sudah cukup menyeramkan sehingga membuatkan mereka di set terasa seolah-olah rumah itu sedang menunggu kedatangan kru produksi.

“Memang dia dekat situ lah… dia tunggu kita datang,” katanya.

Menampilkan gandingan pertama kali dua pelakon berkaliber, Zul Ariffin dan Sofia Jane, filem Malam Terlarang arahan Nurhanisham Muhammad (Labu) ini turut dibintangi Shasha Abedul, Sabri Yunus, Normah Damanhuri, Hasnul Rahmat, Haneesya Hanee, Aila Azizul dan Sadiq M. Jamil.

Berlatar era 1980-an, Malam Terlarang mengangkat tema mistik dan ritual Nusantara yang disulam dengan mesej kekeluargaan serta pengorbanan manusia demi memenuhi keinginan duniawi.

Filem ini masih ditayangkan di pawagam seluruh negara dan Brunei, dan terus menerima sambutan luar biasa daripada penonton.

Must-Watch Video

Advertisement