Skip to main content

Hiburan

“Suka Hati Diorang La Nak Bercerai Berai…” - Fazley Yaakob

Fazley Yaakob

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menasihatkan orang ramai supaya tidak mencampuri urusan pasangan yang sudah bercerai dengan menyuruh mereka rujuk semula.
  • Fazley menegaskan bahawa perceraian pasti ada sebab tertentu dan tidak perlu ada yang menjadi 'Coach Rujuk' berkali-kali.
  • Beliau berharap netizen fokus pada urusan sendiri dan tidak sibuk menjaga hal orang lain sehingga mengganggu kehidupan mereka.

Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memberi pesanan kepada mana-mana pihak yang suka menyibuk meminta pasangan sudah bercerai untuk rujuk kembali. 

 

Menerusi perkongsian di Threads, Fazley memberitahu sudah tentu pasangan yang memilih untuk bercerai mempunyai sebab tertentu.

 

“Guys… hanya nak bagi tahu. Kalau ada pasangan tu dah bercerai, tak perlulah ada insan-insan yang sibuk nak cakap, ‘rujuklah balik!’, ‘Sayangnya bercerai, usahalah bagi baik semula!’, ‘Kan elok kalau cinta tu di semai semula!’.

 

“Dia macam ni, kalau dah cerai tu kan mesti ada sebab musababnya, tak payahlah ada yang jadi jadi Coach Rujuk berkali-kali,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Fazley berharap netizen tidak mencampuri urusan pasangan yang mengambil keputusan untuk bercerai. 

 

“Suka hati diorang lah nak bercerai berai! Sibuk betul, dah pergi masak kat dapur tu! Jangan sampai hangit pula lauk tu sebab sibuk jaga tepi kain orang sangat!” ujarnya. 

 

Sumber - Threads

Must-Watch Video

Advertisement