Sekilas
- Program Mualim Muda musim kedua kini membuka sesi uji bakat di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong dari jam 8 pagi hingga 5 petang.
- Peserta akan dinilai oleh juri profesional seperti Amin Idris, Pu Amin, dan Dr. PU Hafiz untuk menyerlahkan bakat dalam bidang dakwah.
- Peserta perlu membawa Kad Pengenalan dan gambar 4R untuk pengesahan, dan maklumat lanjut boleh didapati di salammuslim.com.my/mualimmuda.
Anda berbakat dalam berdakwah? Suka berkongsi ilmu dan mempunyai impian untuk menjadi inspirasi kepada generasi muda? Inilah peluang yang ditunggu-tunggu!
Program Mualim Muda kini kembali untuk musim kedua dan membuka peluang kepada mereka yang mempunyai bakat serta minat dalam bidang dakwah unfuk menyerlahkan potensi menerusi sesi uji bakat.
Jangan lepaskan peluang untuk hadiri sesi uji bakag di hari kedua hari ini bertempat Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, bermula 8.00 pagi hingga 5.00 petang.
Untuk hari yang kedua ini, para peserta yang hadir ke uji bakat bakal diadili juri-juri profesional seperti Amin Idris, Pu Amin, Dr. PU Hafiz dan ramai lagi.
Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menghadiri uji bakat bagi menonjolkan bakat anda dalam bidang penyampaian ilmu dan ibadah.
Untuk hadir ke sesi uji bakat, peserta perlu membawa Kad Pengenalan serta sekeping gambar berukuran 4R bagi tujuan pengesahan.
Jumpa anda di sesi uji bakat! Untuk maklumat lanjut, layari laman web salammuslim.com.my/mualimmuda.