Sekilas
- Festival muzik elektronik Sunset By NEON Chapter Two akan berlangsung pada 26 dan 27 September 2026 di Genting Highlands dengan pengalaman muzik Melodic Techno dan produksi visual menarik.
- Barisan DJ antarabangsa termasuk Enrico Sangiuliano, MORTEN, Yotto, dan Agents of Time akan membuat debut mereka di Malaysia, bersama bakat tempatan seperti Victor G dan CXW.
- Festival ini juga menawarkan pengalaman destinasi lengkap dengan suasana tanah tinggi, pameran automotif OMODA C7, pilihan makanan, ruang premium, dan visual imersif dari jam 4 petang hingga 3 pagi.
Festival muzik elektronik Sunset By NEON kembali ke Genting Highlands untuk edisi kedua menerusi Chapter Two yang bakal berlangsung pada 26 dan 27 September 2026.
Berlangsung dari jam 4 petang hingga 3 pagi, festival selama dua hari itu menjanjikan pengalaman muzik Melodic Techno dengan produksi visual yang memukau serta suasana festival destinasi yang berlatarbelakangkan persekitaran tanah tinggi Genting Highlands.
Enrico Sangiuliano & MORTEN Terajui Hari Pertama
Bagi hari pertama, Sunset By NEON bakal menampilkan dua nama besar dalam dunia muzik elektronik iaitu Enrico Sangiuliano dan MORTEN sebagai peneraju utama.
Hari kedua pula bakal menyaksikan pengambilalihan khas Time Machine yang menampilkan barisan DJ antarabangsa seperti Agents of Time, Yotto, Rivo, SLVR dan NOSI.
Turut melengkapkan barisan persembahan ialah bakat tempatan yang tidak kurang hebatnya termasuk Victor G, CXW, Boriz B2B Wesufo, MTR dan Dora.
Menariknya, edisi kali ini turut menyaksikan kemunculan sulung beberapa nama antarabangsa di Malaysia apabila Yotto, Enrico Sangiuliano, Agents of Time, SLVR dan MORTEN bakal membuat debut mereka di bumi Malaysia.
Rivo Hingga MORTEN, Barisan DJ Antarabangsa Bakal Gegarkan Genting
Antara nama yang paling dinantikan ialah DJ dan penerbit dari Perancis, Rivo, yang semakin dikenali menerusi gaya muziknya yang bersifat hipnotik dan melodik.
Namanya mendapat perhatian global menerusi remix lagu You & Me nyanyian Disclosure yang berjaya meraih ratusan juta penstriman.
Turut tampil ialah penerbit Finland, Yotto, yang cukup dikenali dengan bunyi muzik atmosfera dan melodik menerusi karya-karyanya bersama Anjunadeep.
Antara lagu popularnya termasuk The One You Left Behind dan Hyperfall yang memperlihatkan keupayaannya menggabungkan elemen emosi dengan muzik untuk lantai tarian.
Sementara itu, Enrico Sangiuliano yang merupakan antara nama paling dihormati dalam dunia techno bakal membawa bunyi muziknya yang lebih bertenaga ke pentas Sunset By NEON.
Antara pencapaian terbesar penerbit dari Itali itu ialah remix The Age Of Love bersama Charlotte de Witte yang pernah menduduki tangga pertama Beatport, manakala The Techno Code pula kekal sebagai antara karya signatur miliknya.
Duo Itali, Agents of Time, yang terdiri daripada Andrea Di Ceglie dan Luigi Tutolo pula terkenal dengan persembahan langsung berasaskan perkakasan muzik, menggabungkan elemen melodic house, techno dan improvisasi.
Nama mereka semakin kukuh di persada antarabangsa menerusi karya seperti Dream Vision dan Paradigm yang diterbitkan di bawah Afterlife.
DJ dan penerbit Itali, SLVR, turut bakal beraksi dengan pengalaman lebih sedekad dalam industri muzik elektronik. Antara karya terbaharunya dalam genre melodic techno ialah Music 4 Ur Body, selain remix untuk The Techno Code oleh Enrico Sangiuliano.
Tidak ketinggalan, DJ dan penerbit Denmark, MORTEN, yang merupakan antara pelopor genre Future Rave bersama David Guetta.
MORTEN cukup dikenali menerusi lagu seperti Never Be Alone, Dreams dan Lucky, selain pernah membuat persembahan di festival muzik antarabangsa berprestij termasuk Tomorrowland, Ultra dan EDC Las Vegas.
Bukan Sekadar Festival Muzik
Lebih daripada sekadar persembahan muzik, Sunset By NEON direka sebagai sebuah pengalaman destinasi yang menggabungkan muzik, gaya hidup dan suasana alam semula jadi.
Pengunjung bakal menikmati produksi bertaraf dunia yang berlatarbelakangkan suasana tanah tinggi Genting Highlands, termasuk udara sejuk, kehijauan serta persekitaran berketinggian yang memberikan pengalaman berbeza daripada festival muzik konvensional.
Sebagai Rakan Automotif Rasmi, OMODA & JAECOO turut mengambil bahagian dalam pengalaman Sunset By NEON menerusi pameran eksklusif model OMODA C7.
Kerjasama tersebut mengetengahkan elemen reka bentuk automotif, teknologi dan gaya hidup kontemporari yang selari dengan golongan pengguna generasi baharu yang mementingkan inovasi, reka bentuk progresif dan ekspresi diri.
Sepanjang dua hari festival, pengunjung turut boleh menikmati pilihan makanan dan minuman yang dikurasi, ruang premium serta pengalaman visual imersif.
Keseluruhan pengalaman itu dibina berteraskan konsep Sunset By NEON iaitu “You Are Exactly Where You Belong”, bermula daripada detik matahari terbenam sehingga persembahan terakhir pada jam 3 pagi.
Tiket Sunset By NEON 2026
Bagi yang berminat, General Admission 2-Day Pass kini sudah terjual sebanyak 60 peratus pada harga RM348, manakala VIP 2-Day Pass pula telah terjual sebanyak 70 peratus dengan harga RM788.
Sunset By NEON Chapter Two bakal berlangsung pada 26 dan 27 September 2026 di Genting Highlands, Malaysia, dari jam 4 petang hingga 3 pagi.
Tiket kini boleh didapati menerusi laman rasmi Sunset By NEON.
Sunset By NEON digerakkan oleh OMODA & JAECOO, dianjurkan oleh NEON Projects dengan kerjasama HiFive Entertainment, serta mendapat sokongan Pepsi dan Evervess.