Skip to main content

Hiburan

Suspek Kes Tikam Pelajar Direman 4 Hari, Peguam Sahkan Suspek OKU

Astro Gempak 258

Sekilas

  • Suspek kes tikam pelajar sekolah di Banting direman selama empat hari untuk siasatan lanjut.
  • Suspek berusia 15 tahun dan merupakan pelajar sama, juga seorang OKU autistik menurut peguamnya.
  • Kejadian berlaku di kantin sekolah, mangsa cedera dan kini dirawat di Hospital Banting.
Advertisement

Suspek kes tikam seorang pelajar sekolah direman selama empat hari bermula Selasa.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Maslinda Selamat di Mahkamah Telok Datok di Banting.

Advertisement

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintenden Mohd Akmalrizal Radzi ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan tempoh reman selama empat hari itu dan memaklumkan siasatan lanjut masih dijalankan.

Sementara itu, peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), S Vijeswari Devi, ketika ditemui di luar mahkamah memaklumkan bahawa anak guamnya merupakan orang kurang upaya (OKU).

“Anak guam saya adalah autistik. Itu sahaja yang boleh saya katakan,” katanya.

Sebelum itu, pekarangan Mahkamah Telok Datok di sini menjadi tumpuan petugas media bagi mendapatkan perkembangan terkini berhubung reman suspek kes tikam pelajar sebuah sekolah di Banting.

Tinjauan Sinar Harian bermula jam 8.30 pagi mendapati kira-kira 20 pengamal media berada di lokasi.

Bagaimanapun, suspek yang juga pelajar sekolah terbabit berusia 15 tahun tidak kelihatan.

Sinar Harian difahamkan suspek telah dibawa masuk ke kawasan mahkamah kira-kira jam 8.10 pagi menaiki kenderaan polis sebelum keluar kira-kira jam 9 pagi.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi pada Isnin, seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga berusia 15 tahun cedera selepas ditikam di beberapa bahagian badan dalam insiden yang mengejutkan warga sekolah.

Mangsa kemudian dikejarkan ke Hospital Banting bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Suspek dipercayai memasuki kawasan kantin melalui laluan dari arah surau sebelum kejadian berlaku.

Suspek yang memakai kemeja-T hitam difahamkan tidak hadir ke sekolah sejak beberapa bulan lalu dan sedang menjalani rawatan kesihatan.

 

Sumber: Sinar Harian

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement