Sekilas
- Penyanyi Syada Amzah mengalami masalah insomnia yang teruk sehingga mengganggu rutin tidurnya setiap hari.
- Kakaknya, Shila Amzah, menasihatkan Syada untuk berjumpa doktor kerana masalah itu mungkin berkaitan usia dan hormon.
- Netizen juga menyarankan Syada supaya membuat pemeriksaan lanjut dan tidak memandang remeh isu sukar tidur tersebut.
Penyanyi Syada Amzah meluahkan rasa bimbang selepas mengalami masalah sukar tidur (insomnia) sehingga mengganggu rutin hariannya.
Menerusi satu Threads, Syada memaklumkan bahawa dia berdepan dengan kitaran tidur yang tidak teratur hampir setiap hari meskipun tidak tidur pada waktu petang.
“Okay saya tak boleh biarkan ini berterusan. Insomnia saya punya teruk sampai tahap saya hanya boleh tidur pukul 7 atau 8 pagi dan bangun jam 11 pagi hampir setiap hari.
“Apa yang dah berlaku? Saya panik, sesiapa ada penyelesaian?,” kongsinya.
Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah, yang tampil memberikan nasihat buat adiknya itu.
Seloroh Shila, keadaan yang dialami Syada mungkin berkait dengan faktor usia serta menyarankan agar adiknya itu berjumpa dengan doktor.
“Awak semakin menua. Itu semua simptom menghala ke usia 30-an dan kena jumpa doktor.
“Kalau suplemen magnesium glycinate tak berjaya, mungkin ia ada berkait rapat dengan hormon kamu,” ujar Shila.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut menyarankan Syada untuk membuat pemeriksaan lanjut dan jangan memandang enteng dengan masalah sukar tidur.
Sumber: Threads