Sekilas
- Syada Amzah berkongsi rasa trauma dan takut untuk membuka hati serta bercinta semula di platform Threads.
- Dia meminta pandangan orang ramai yang pernah mengalami situasi sama untuk mendapatkan kekuatan kembali.
- Kakaknya, Shila Amzah, memberi nasihat supaya sayang diri sendiri dan elak hubungan yang ada 'red flag'.
Penyanyi, Syada Amzah mencuri perhatian apabila berkongsi mengenai dirinya yang trauma untuk membuka pintu hati dan bercinta semula.
Menerusi Threads, Syada atau nama sebenarnya Nursyuhada Amir Hamzah turut mengakui bahawa rasa trauma itu telah meninggalkan kesan yang mendalam kepada dirinya.
“Logik tak kalau saya kata bahawa saya takut untuk membuka semula pintu hati dan bercinta lagi? Saya trauma,” kongsinya.
Malah, Syada turut meminta nasihat dan pandangan daripada orang ramai yang mungkin pernah berdepan situasi hampir sama sepertinya.
“Sesiapa pernah mengalami perkara yang sama tolong beri pandangan kalian.
“Kalau korang pernah berdepan situasi ini, apa yang dilakukan bagi mendapatkan semula kekuatan untuk bercinta lagi?,” tanya Syada.

Perkongsian itu bukan saja menuai pelbagai komen netizen tetapi turut mendapat respon kakaknya yang juga penyanyi, Shila Amzah.
“Kalau memang dah nampak red flag terus chow je. Hidup ini bukan untuk mengiyakan atau membaiki orang yang memang tak baik.
“Kena mula dari diri kita sendiri, bagaimana kita nak orang sayang kita, kita yang kena sayang diri kita dulu,” kata Shila.

Syada kemudiannya bersetuju dan menitipkan ucapan terima kasih kepada Shila atas nasihat tersebut.
Sumber: Threads Syada Amzah