Skip to main content

Hiburan

Syafiq Farhain Bongkar Kisah Viral Lelaki Maki ‘Suhaila Arshad’ - “Apa Yang Dilalui Amat Menyedihkan…”

Syafiq Farhain

Sekilas

  • Syafiq Farhain berjaya menjejaki Abang Man, lelaki yang viral meluahkan kemarahan terhadap wanita bernama Suhaila Arshad ketika promosi single terbarunya di Bukit Bintang.
  • Abang Man mendakwa dirinya dikhianati dan mengalami kerugian sepanjang hubungan tersebut, namun beberapa bahagian perbualan disenyapkan demi menjaga privasi.
  • Syafiq menegaskan insiden itu bukan gimik dan berharap masyarakat lebih memahami perasaan lelaki yang kecewa tanpa terus mengecam mereka.
Advertisement

Teka-teki mengenai nama ‘Suhaila Arshad’ yang menjadi bualan ramai akhirnya terjawab selepas penyanyi Syafiq Farhain berjaya menjejaki lelaki dikenali sebagai Abang Man menerusi media sosial. 

 

Advertisement

Semuanya bermula ketika Syafiq mengadakan promosi single terbaharunya, Cerita Luka, di kawasan busking Bukit Bintang, Kuala Lumpur apabila Abang Man secara tiba-tiba meluahkan amarah kepada wanita itu. 

 

Rakaman spontan itu kemudian dimuat naik dalam TikTok Syafiq sebelum menjadi tular sehingga mendapat 2 juta tontonan dan lebih 2,000 komen yang rata-rata tertanya-tanya mengenai identiti Suhaila dan kisah sebenar di sebalik kemarahan lelaki tersebut.

 

“Sejujurnya, saya tidak sangka kisah Abang Man dan nama Suhaila Arshad akan menjadi viral. Malah, ada beberapa individu bernama Suhaila menghantar mesej kepada saya dan meminta video itu diturunkan kerana mereka turut dikecam.

 

“Ramai mahu tahu kisah sebenar, jadi saya cuba mencari Abang Man dengan bantuan netizen ti TikTok,” katanya.

 

Usaha Syafiq akhirnya berhasil apabila dia dapat menghubungi Abang Man menerusi satu panggilan video dan rakamannya dikongsikan menerusi akaun media sosial Syafiq. 

 

Menerusi perbualan tersebut, Abang Man mendakwa dirinya dicurangi oleh seorang wanita bernama Suhaila selain mengakui sudah banyak menghabiskan wang ringgit sepanjang hubungan mereka.

 

Bagaimanapun, tidak semua luahan Abang Man didedahkan kepada umum apabila beberapa bahagian dalam video tersebut terpaksa disenyapkan bagi menjaga privasi pihak terlibat.

 

“Apa yang dilaluinya amat menyedihkan. Saya cuma menjadi pendengar dan cuba menguatkan semangatnya. Ada perkara yang tidak boleh dikongsikan kepada umum, jadi bahagian itu terpaksa disenyapkan untuk menjaga privasi.

 

“Selalunya kita mendengar kisah wanita dikecewakan, tetapi kali ini seorang lelaki pula terluka. Saya harap Abang Man dan semua lelaki yang pernah dikecewakan dapat bangkit semula,” ujarnya.

 

Dalam pada itu, Syafiq menegaskan insiden berkenaan bukan gimik yang dirancang untuk melariskan Cerita Luka, sebaliknya berlaku secara spontan ketika dia turun bertemu orang ramai bagi mempromosikan lagu tersebut.

 

Secara kebetulan, kisah Abang Man mempunyai persamaan dengan mesej Cerita Luka yang mengangkat penderitaan seorang lelaki akibat dikhianati. 

 

Kata Syafiq, pengalaman Abang Man membuka matanya bahawa masih ramai lelaki menyimpan kesedihan kerana bimbang dianggap lemah, sedangkan mereka juga memerlukan ruang untuk meluahkan perasaan.

 

“Sebenarnya apabila terluka, lelaki juga sedih dan menangis. Namun, kita jarang melihat sisi itu kerana lelaki sering dituntut untuk sentiasa kelihatan kuat.

 

“Saya berharap selepas ini, jika ada lelaki meluahkan kekecewaan, jangan terus mengecam atau memperlekehkan mereka, kita tidak tahu apa yang dilalui. Mungkin dengan meluahkannya, sedikit sebanyak dapat melegakan beban emosi yang ditanggung,” ujar Syafiq.

 

Sumber - TikTok, TikTok

Anda mungkin berminat dengan

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Women White KA8125

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Stoned World Cup Series : Germany

Stoned World Cup Series : Germany

Must Watch Video

Advertisement