Skip to main content

Hiburan

Syafiq Kyle Sokong Hasrat Mimi Lana Mahu Cahaya Mata Kembar - “Sebelum Kahwin Lagi Dia…”

Syafiq Anak Kembar

Pelakon, Syafiq Kyle mendedahkan isterinya, Mimi Lana sudah lama menyimpan hasrat untuk menimang cahaya mata kembar.

Syafiq atau nama lengkapnya Mohd Syafiq Shamim Abdul Razak berkata, hasrat itu telah disuarakan Mimi sebelum mereka mendirikan rumah tangga lagi.

Advertisement

“Pasal anak kembar, memang ada juga kami berbincang. Dari sebelum kahwin lagi Mimi ada cakap dia impikan anak kembar. Doa-doakanlah,” katanya. 

Dalam pada itu, Syafiq mengakui keluarganya mempunya sejarah melahirkan kembar namun bukan dari kalangan ahli yang terdekat.

“Saya sendiri ada sejarah keluarga yang ada anak kembar, cuma belah sepupu.Mungkin Mimi pun ada juga di sebelah sepupu dia,” ujarnya.

Syafiq berkongsi perkara tersebut di majlis doa selamat filem ‘Malaikat Malam’ yang diadakan di Restoran Haslam, Kuala Lumpur pada Jumaat.

Mengulas lanjut, pelakon filem ‘Sheriff: Narko Integriti’ ini memaklumkan isterinya membuat hantaran demikian selepas melihat banyak perkara berunsur negatif di media sosial sejak kebelakangan ini.

“Sebenarnya ada juga saya bertanya pada Mimi kenapa dia buat hantaran itu. Katanya, sejak akhir-akhir ini dia banyak nampak perkara tak best di media sosial seperti gosip dan kontroversi.Mimi memang suka main media sosial, jadi pada dia kalau ramai orang bercakap dan mendoakan perkara yang baik, insya-Allah akan lebih termakbul.

“Saya rasa bagus juga dia buat begitu supaya orang ramai mendoakan dia,” tambahnya.

Terdahulu, Mimi atau nama sebenarnya Mimi Rozaiana Zainal Abidin menyorot perhatian apabila meminta orang ramai mendoakannya agar dikurniakan cahaya mata kembar.

Untuk rekod, Syafiq dan Mimi selamat mendirikan rumah tangga di Taiping, Perak pada 14 Februari lalu.

Sumber: Oh Bulan!
 

Must-Watch Video