Skip to main content

Filem

Syafiq Yusof Kongsi Sebab Pemilihan Barisan Pelakon Dalam Black Ops, Utamakan Keserasian Kerja

dvfdf

Sekilas

  • Syafiq Yusof dan pengarah Hong Kong, Chui Tze Yui, bekerjasama dalam pemilihan pelakon untuk filem aksi Black Ops dengan pembahagian tugas jelas antara mereka.
  • Filem ini menampilkan pelakon seperti Sharnaaz Ahmad dan Hisyam Hamid, yang dipilih berdasarkan stamina, kebolehan lakonan, dan kesesuaian watak.
  • Black Ops mengisahkan seorang anggota pasukan khas yang berjuang membersihkan namanya sambil membongkar konspirasi, dijangka menjadi filem tempatan paling dinantikan tahun ini.

Pengarah filem, Syafiq Yusof berkongsi mengenai proses pemilihan pelakon bagi filem aksi terbaharunya, Black Ops yang diarahkan bersama pengarah Hong Kong, Chui Tze Yui. 

Menurut Syafiq, pemilihan pelakon dilakukan secara bersama, namun dengan pembahagian peranan yang jelas antara kedua-dua pengarah.

“Untuk pelakon Hong Kong, pilihan dibuat oleh Chui, manakala pelakon Malaysia pula saya yang tentukan berdasarkan kapasiti dan pengalaman pernah bekerja dengan saya sebelum ini,” katanya.

Mengulas mengenai watak utama, Syafiq menjelaskan filem bergenre aksi pantas itu memerlukan pelakon yang mempunyai stamina tinggi serta kebolehan lakonan yang seimbang.

“Ini filem aksi yang sangat ‘fast pace’ dan penuh dengan babak fizikal. Saya pernah bekerja dengan Sharnaaz Ahmad sebelum ini dan saya rasa dia ada pakej yang lengkap. Dia ada stamina, pandai berlakon dan boleh bawa watak dengan baik,” ujarnya.

Bagi watak lain pula, Syafiq mengakui ada pelakon yang dipilih hasil proses uji bakat walaupun belum pernah bekerjasama sebelum ini, termasuk Hisyam Hamid.

“Hisyam Hamid ini pertama kali saya bekerja dengannya. Kita buat casting dan lihat watak itu memang kena dengan dia. 

“Saya harap dengan pemilihan ini, orang tak kata saya asyik ambil muka yang sama. Kadang-kadang bukan soal artis itu sama, tapi bila kita dah pernah bekerja, kita tahu kemampuan mereka,” katanya.

Dalam masa sama, Syafiq turut mengakui industri perfileman tempatan berdepan kekurangan pelakon aksi muda sebagai pelapis.

“Dari segi pelakon muda, memang ada sedikit kesukaran. Pilihan agak terhad. Nak cari pelakon yang bukan sekadar rupa, tetapi boleh berlakon pelbagai watak, ada stamina dan disiplin memang susah,” jelasnya.

Sebagai contoh, Syafiq menyebut pelakon Syafiq Kyle yang disifatkan bukan bergantung kepada rupa semata-mata, sebaliknya memiliki keupayaan lakonan yang versatil.

“Dia mungkin bukan kategori ‘handsome’ tipikal, tapi dia boleh bawa pelbagai watak dan pandai berlakon. Pelakon seperti itu ada, cuma saya harap akan lebih ramai muncul selepas ini,” katanya.

Antara barisan pelakon yang menjayakan Black Ops ialah Sharnaaz Ahmad, Benjamin Yuen, Hisyam Hamid, Andy Teh, Fauzi Nawawi, Elizabeth Tan, Anding Indrawani, MK K-Clique, Raja Afiq, Benjamin Tan dan ramai lagi.

Black Ops mengisahkan tentang Johan, seorang anggota pasukan khas yang didakwa terlibat dalam pembunuhan isterinya serta kehilangan anak perempuan. Demi membersihkan namanya dan membongkar konspirasi berkuasa, dia terpaksa berpaling menentang pasukannya sendiri.

Dengan skala produksi besar, gabungan tenaga kreatif antarabangsa serta jalan cerita sarat aksi dan emosi, Black Ops dijangka menjadi antara filem tempatan paling dinantikan tahun ini.

Anda mungkin berminat dengan

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

T7 Baby T-Shirt Youth in Poised Pink by PUMA, 15-16Y

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

adidas Real Madrid Terrace Icons T-Shirt

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must-Watch Video

Advertisement