Skip to main content

Hiburan

Syasya Rizal Didakwa Sengaja Kongsi Kisah Penghijrahan Selepas MV ‘Question’ Diturunkan, Peminat Rasa Dikhianati

ffbfb

Sekilas

  • Jurufoto yang pernah bekerjasama dengan Dolla mendedahkan anggota kumpulan itu sangat merendah diri dan sentiasa menasihati peminat agar tidak membalas kecaman.
  • Tabby mengingatkan peminat supaya tidak menyeret artis lain dalam isu yang melibatkan Dolla, menegaskan mereka sopan di luar muzik video yang seksi.
  • Bekas anggota Dolla, Syasya, berkongsi kisah penghijrahannya yang menimbulkan tanda tanya peminat selepas muzik video terbaru Dolla diturunkan susulan teguran Menteri Agama.

Seorang jurufoto yang pernah bekerjasama rapat dengan kumpulan Dolla tampil berkongsi sisi peribadi sebenar anggota kumpulan itu yang disifatkan sebagai rendah diri dan sentiasa menjaga hati orang sekeliling.

Menurutnya, Dolla sentiasa memilih untuk berlapang dada setiap kali berdepan kecaman, malah sering menasihati peminat agar bertenang dan tidak membalas kebencian.

“Dolla yang saya kenal sangat merendah diri dan baik dengan semua orang. Bila mereka dikritik dan peminat mula marah, mereka sendiri menenangkan peminat supaya bersabar dan abaikan sahaja kecaman.

Tabby pula baru-baru ini mengingatkan peminat agar tidak menyeret artis lain dalam isu mereka. Memang mereka nampak seksi dalam muzik video, tapi di luar mereka sangat sopan. Menegur itu tidak salah, selebihnya terserah kepada mereka,” katanya.

Dalam masa sama, terdapat segelintir peminat meluahkan rasa terkilan apabila bekas anggota Dolla, Syasya, berkongsi kisah penghijrahannya pada waktu yang dianggap ‘kebetulan’ selepas muzik video terbaharu Dolla diturunkan susulan teguran Menteri Agama.

“Menyedihkan apabila bekas ahli nampak seperti cuba menunjukkan diri lebih baik daripada orang lain. Kami faham dia memilih jalan berbeza, tetapi membuat hantaran berkias pada waktu begini memang menimbulkan tanda tanya.

“Kan, rasa macam dikhianati dah sekarang.

“Biasa la dah berubah terus jadi maksum.

ghgfg

“Ada yang bertudung litup tapi hati belum tentu bersih, ada yang nampak suci tapi mengata di belakang. Semua orang ada ujian masing-masing, yang penting jangan rasa diri lebih baik daripada orang lain,” tulis beberapa peminat.

vdvdffd

Seorang lagi peminat turut mendakwa Syasya sepatutnya bersyukur kerana anggota Dolla lain melindungi punca sebenar dia meninggalkan kumpulan itu.

“Sejak awal, dia seorang yang kelihatan berusaha keras untuk tampil sebagai ‘yang baik’. Tidak mengapa, nanti orang akan nampak siapa yang benar-benar baik.

Sebelum ini, Syasya atau nama sebenarnya Norsyasya Afiqah Shahrizal, berkongsi coretan mengenai perjalanan hijrahnya yang disifatkan penuh dengan ujian.

Menerusi hantaran di Threads, beliau menggunakan kata ganti nama ‘dia’ untuk menggambarkan perjalanan berkenaan, sekali gus mengundang pelbagai tafsiran dalam kalangan warganet.

Bagaimanapun, perkongsian itu mencuri perhatian kerana dibuat tidak lama selepas muzik video Dolla diturunkan.

Syasya sebelum ini membuat keputusan mengejutkan apabila mengundurkan diri daripada Dolla, sebelum mendirikan rumah tangga dengan pasangannya, Nasrullah pada 20 April 2023.

Pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Yassir Hayyan, yang dilahirkan pada 23 Disember 2024.

Sumber: Threads

Must-Watch Video

Advertisement