Penyanyi Syasya Rizal berkongsi detik cemas apabil anak sulungnya secara tiba-tiba menangis tanpa mengeluarkan suara sehingga wajah berubah menjadi kebiruan.
Menerusi perkongsian di Threads, Syasya memberitahu dia terus mengangkat dan menggosok badan anaknya yang ketika itu kelihatan sudah tidak bermaya.
“Tiba-tiba abang tantrum. Menangis tanpa suara. Muka dia perlahan-lahan bertukar kebiruan. Sebagai mama, memang terus cuak. Pantang ke apa semua memang dah tak fikir.
“Mama terus angkat dia, gosok belakang badan, panggil nama dia… masa tu dia dah nampak macam tak bermaya, hampir pengsan,” kongsinya.
Bagaimanapun Syasya meluahkan rasa syukur apabila anaknya kembali sedar dan menangis dengan mengeluarkan suaranya.
“Alhamdulillah, tak lama lepas tu dia sedar balik dan menangis dengan suara semula,” katanya lagi.
Pada perkongsian lain, Syasya memberitahu apa yang berlaku kepada anaknya itu sememangnya boleh terjadi kepada kanak-kanak kecil.
“Rupa-rupanya ini yang dipanggil breath holding spell sesuatu yang boleh berlaku pada anak kecil bila emosi mereka terlalu kuat, terutamanya dalam fasa tantrum.
“Allahu, pengalaman yang betul-betul buat mama sedar betapa rapuhnya perasaan seorang ibu. Doakan mama terus kuat membesarkan Obot dan Obit,” ujarnya.