Skip to main content

Selebriti

Syatilla Melvin Tak Kisah Cari Rezeki Menerusi Affiliate - “Bila Ada Peluang Depan Mata, Kenapa Duduk Diam?”

Syatilla rezeki

Sekilas

  • Syatilla Melvin tidak menganggap status selebriti sebagai halangan untuk mencari rezeki melalui pemasaran afiliasi.
  • Dia menegaskan pentingnya memanfaatkan peluang yang ada demi membantu orang sekeliling yang bergantung harap.
  • Syatilla memberi semangat kepada mereka yang berusaha dalam bidang affiliate agar tidak mudah berputus asa dan terus berusaha.
Advertisement

Pelakon, Syatilla Melvin mengakui dirinya tidak melihat status atau kedudukan seseorang termasuk selebriti sebagai penghalang untuk mencari rezeki menerusi platform pemasaran afiliasi (affiliate).

Menerusi perkongsian di Threads, Syatilla berpendapat peluang yang hadir di depan mata seharusnya dimanfaatkan sebaik mungkin, apatah lagi apabila terdapat ramai individu di sekeliling yang bergantung harap.

Advertisement

“Mungkin ada yang beranggapan, dah berduit, ada produk sendiri tapi kenapa still pilih buat affiliate? Tilla jawab eh.

“Ramai orang keliling yang bergantung harap dengan kita tanpa kita sedar. Jadi bila peluang senang datang depan mata untuk kaut duit, kenapa duk diam?

“Tak kisah apa status kita. Mindset gila duit kena ada untuk kesenangan orang lain. Lagi banyak rezeki Allah bagi, lagi ramai jugak Allah hantar mulut mulut untuk kita sua. Dan demi Allah satu sen yang kita keluarkan takkan sesekali merugikan pun!” tegasnya.

Advertisement

Dalam hantaran yang sama, Syatilla turut menitipkan semangat kepada mereka yang masih berusaha mencari pendapatan menerusi bidang affiliate agar tidak mudah berputus asa.

“Tilla doakan semua yang masih mencuba, tolong jangan giveup! Berapa ramai affiliate yang bukan selebriti pun, tapi lagi kaya raya dari artis!

“Sumpah bangga gila tengok. Please keep going! Selagi kita buat perkara-perkara yang Allah suka, tak mungkin Allah akan sulitkan urusan kita. Bismillah,” kongsinya.

Terdahulu, Syatilla mencuri perhatian apabila ada segelintir netizen yang mempersoalkan keputusan dirinya masih aktif melakukan affiliate meskipun sudah memiliki perniagaan sendiri.

Anda mungkin berminat dengan

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya |Telekung LAORA Cotton [Free Bag Telekung, Pocket Box & Tote Bag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung CLAUDIA Cotton [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Totebag]

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

ZOE ARISAH Qasine Chiffon Bawal 45

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

Zara Awliya X Wan Sharmila: TELEKUNG IRENE [Free Bag Telekung, Box Exclusive & Tote Bag]

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

MAELY | Tea Basic by Telekung Tea | Telekung Sulam Cotton + Bag + Gift Box | Travel Friendly

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Zara Awliya | Telekung ARIANNA LUXE [Free Dumpling Chain Bag, Box Exclusive & Totebag]

Must Watch Video

Advertisement