Sekilas
- Pelakon Syazwan Razak berkongsi kesedihan selepas pemergian ibu tercinta, Rohaya Sulaiman, yang meninggal dunia pada Sabtu lalu.
- Syazwan mengakui rasa kosong kerana kehilangan sumber kekuatannya dan kini perlu mencari kekuatan sendiri sambil disokong oleh dua abang yang turut menjaga bapa mereka.
- Rohaya Sulaiman juga merupakan ibu kepada pelakon Syafiq Kyle, dan pemergiannya memberi kesan mendalam kepada keluarga mereka.
Pemergian ibu tercinta, Rohaya Sulaiman pada Sabtu lalu sememangnya memberi kesan yang mendalam dalam kehidupan pelakon Syazwan Razak.
Menerusi hantaran di laman sosial, Syazwan mengakui dia berasa kosong memandangkan sumber kekuatannya sudah tiada.
“Ibu, harini bangun rasa kosong semua perlahan. Betul la orang kata hilangnya pertama ni sangat berat, baby tau ibu tak nak anak ibu lemah.
“Sebab ibu selalu kata anak ibu tiga hero, hero must be strong! Tapi at some point kunci kekuatan tu ada pada ibu, tapi sekarang ibu dah pergi ibu bawa kekuatan tu,” luahnya.
Bagaimanapun Syazwan meluahkan rasa syukur masih mempunyai dua orang abang lagi yang bersama-sama menggalas tanggungjawab menjaga bapa mereka.
“Sekarang baby kena cari kekuatan tu sendiri, InsyaAllah ibu baby ada abang-abang yang bertanggungjawab with each other.
“Kitaorang masih ada satu lagi emas yang perlu kami jaga, Ayah,” ujarnya lagi.
Ibu kepada Syazwan dan juga pelakon, Syafiq Kyle iaitu Rohaya Sulaiman dilaporkan menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.
Sumber - Threads