Skip to main content

Hiburan

Syed Saddiq Akui Bella Astillah Bukan ‘Materialistik’, Lebih Memilih Pasangan Berhati Baik - “Nak Harapkan Duit, Saya Memang Tak Ada”

ASTROGEMPAK Bella Saddiq

Sekilas

  • Pelakon Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berkongsi pandangan tentang pentingnya nilai kebaikan dalam memilih pasangan berbanding harta benda.
  • Syed Saddiq menegaskan bahawa tanggungjawab lelaki terhadap pasangan tidak bergantung pada kekayaan, tetapi pada kemampuan menjaga dan menghormati pasangan.
  • Bella menghargai didikan ibu bapanya yang menekankan kebaikan sebagai kriteria utama dalam memilih pasangan, bukan kekayaan semata-mata.
Advertisement

Tular video di Threads yang memperlihatkan pelakon Bella Astillah membuat siaran langsung bersama Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang meraih perhatian wargamaya. 

 

Advertisement

Menerusi video tersebut, Syed Saddiq menegaskan Bella seorang yang tidak memandang harta benda dalam memilih pasangan sebaliknya lebih melihat kebaikan seseorang itu. 

 

“Itu bukan Bella, Seratus peratus itu bukan Bella (bergantung pada duit). Dia seorang yang mengambil berat tentang kebaikan dan karakter yang baik lebih daripada segalanya. 

 

“Nak harapkan duit, saya memang tak ada… minta maaf,” kata Syed Saddiq. 

 

Bella kemudian berkongsi pandangannya tentang realiti kehidupan yang tidak selamanya berada di atas.

 

“Saya rasa, sesiapa yang ada duit banyak… saya ada kawan-kawan yang diuji ada duit, lepas itu tak ada. Saya rasa kehidupan ini tidak selamanya di atas, kadang-kadang boleh jatuh juga. 

 

“Sebab itulah kebaikan penting. Sebab baik yang akan berkekalan sampai bila-bila. Kalau you pilih orang yang berduit, tapi dia tak ada budi bahasa, dia tak baik, kita akan hidup derhaka sengsara,” katanya. 

 

Dalam pada itu, Syed Saddiq berkata soal kewangan bukan alasan untuk mengabaikan tanggungjawab seorang lelaki terhadap pasangan.

 

“Tapi ia tidak bermaksud bahawa lelaki perlu abaikan tanggungjawab hakikinya. Still, tanggungjawab itu tetap ada dan agama pun telah mengajar apa tanggungjawab seorang lelaki.

 

“Saya rasa ia perlulah diikuti tetapi ia tidak la tanggungjawab itu sampai ke tahap di mana perlu jadi jutawan untuk melaksanakan tanggungjawab tersebut. 

 

“Anda yang perlu mampu menjaga pasangan, jaga dengan baik dalam setiap cara yang mungkin. InsyaAllah semoga jalan baik,” katanya lagi. 

 

Bella turut meluahkan rasa syukur kerana didikan ibu bapanya yang tidak pernah menetapkan syarat memilih pasangan berdasarkan harta, sebaliknya hanya menekankan nilai kebaikan.

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement