Skip to main content

Selebriti

Syed Saddiq Anggap ‘Notebook’ Penting, Bukan Hanya Untuk Ucapan - “Ada Beberapa Momen Manis Bersama Bella…”

Syed Saddiq Anggap ‘Notebook’ Penting, Bukan Hanya Untuk Ucapan  - “Ada Beberapa Momen Manis Bersama Bella…”

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, mengakui tabiatnya mencatat perkara penting dalam buku nota termasuk momen manis bersama isteri, Bella Astillah.
  • Dia membawa buku nota pada majlis resepsi perkahwinannya tetapi memilih untuk berucap dari hati tanpa menggunakannya.
  • Syed Saddiq menegaskan menulis adalah cara penting untuk mengabadikan kenangan dan perkara bermakna dalam hidupnya sejak lama dahulu.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman mendedahkan dia sememangnya mempunyai tabiat mencatat perkara penting dalam buku nota.

Perkara itu termasuklah momen manis bersama isterinya, penyanyi dan pelakon Bella Astillah.

Advertisement

Menurut Syed Saddiq, buku nota yang dibawa pada majlis resepsinya baru-baru pada asalnya disediakan untuk membantu dirinya menyampaikan ucapan, namun dia memilih untuk berbicara dari hati ke hati sehingga tidak menggunakannya ketika itu.

“Ada, notobook ada bawa sebab tadi saya tulis untuk ucapan, tetapi ialah akhirnya lebih baik ucapan daripada hati ke hati jadi, notebook tu letak di belakang sahajalah,” kongsinya.

Syed Saddiq berkata demikian ketika ditemui selepas majlis resepsi perkahwinannya bersama Bella yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada Ahad.

Advertisement

Jelas Syed Saddiq lagi, dia merasakan menulis merupakan salah satu cara untuk mengabadikan kenangan dan perkara bermakna dalam hidupnya agar dapat dikenang kembali pada masa hadapan.

“Notebook itu pada saya sangat penting. Kadang-kadang orang perkecilkan tetapi realitinya sebagai seorang manusia…

“Sebagai contoh, ada beberapa momen paling manis yang saya lalui bersama Bella. Saya mahu mengabadikannya melalui coretan.

“Yalah, kadang-kadang orang ingat mungkin memori ni sempurna. Kita boleh ingat selamanya, tetapi dengan menulisnya, kita mengabadikannya melalui kata-kata, bukan sekadar tindakan,” jelasnya.

Tambah Syed Saddiq, dia mengambil serius perkara tersebut meskipun tabiat membawa buku nota ke mana-mana mungkin kelihatan agak janggal bagi sesetengah individu.

Bagaimanapun, kata Syed Saddiq, dia menghormati pandangan orang ramai dan berpendapat setiap individu mempunyai cara tersendiri untuk menyimpan kenangan atau mencatat perkara penting.

“Sebab itu perkara ini saya ambil secara serius. Walaupun kadang-kadang dia tak mix and match dengan baju atau apa.

“Tapi semua orang ada cara dia tersendiri. And I've been doing that daripada zaman ke zaman.

“Saya ada baca komen dan saya saya hormat sahaja pandangan semua, cuma itulah, semua orang ada cara masing-masing.

“Mungkin ada yang lebih selesa tulis dekat phone, atau meninggalkannya, kemudian ingat, lepas itu tulis dekat notebook,” tegasnya.

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga turut menjelaskan tabiat mencatat sesuatu bukanlah perkara baharu dalam hidupnya, malah sudah diamalkan sejak dia mula mempelajari bahasa Inggeris.

“Tetapi bagi diri saya daripada dulu lagi dah macam tu. Mungkin orang tak kenal saya daripada dulu bila saya nak belajar bahasa Inggeris pun setiap perkataan baru yang saya belajar, memang saya akan catat terus dan aplikasikan 10 kali setiap hari. That's not something new.

“Saya dah buat dua-dua, kadang-kadang Bella ketawa tengok saya masuk tandas pun kadang-kadang ada notebook. Some of the best ideas can originate from the toilet,” ujarnya.

Terdahulu, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri dengan sekali lafaz pada 10 Oktober lalu di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement