Skip to main content

Hiburan

Syed Saddiq Balas Ucapan Birthday Bella Astillah, Netizen - “Tak Sabar Tunggu Majlis BASS!”

gfgh

Sekilas

  • Syed Saddiq membalas ucapan ulang tahun ke-32 daripada Bella Astillah dengan komen yang ringkas tetapi bermakna di Instagram.
  • Komen tersebut menarik perhatian ramai peminat yang mula berkongsi tangkap layar dan membuat spekulasi mengenai hubungan mesra mereka.
  • Ramai netizen berharap hubungan mereka akan berakhir di pelamin dan menantikan pengumuman rasmi dari pasangan ini.

Ucapan balas yang ditinggalkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pada hantaran penyanyi dan pelakon, Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. 

Menerusi perkongsian di Instagram, Bella, 30, menitipkan ucapan sempena ulang tahun ke-32 ahli politik berkenaan sebelum Syed Saddiq membalas di ruangan komen.

dfvfdbdfb

“Formal sangat nak ber-YB, awak paling baik dan manis. Terima kasih kerana selalu bersama saya,” tulisnya ringkas namun penuh makna.

Tinjauan di media sosial mendapati ramai dalam kalangan peminat teruja dengan komen tersebut sehingga ada yang turut memuat naik tangkap layar ‘momen’ berkenaan.

Malah, tidak kurang juga peminat yang mula membuat spekulasi dan berharap hubungan mesra kedua-duanya berakhir di jenjang pelamin.

“YB sekarang tak ada cover-cover lagi ya. Argghh tak sabar tunggu majlis BASS!

“Kannnn… Ya Allah tak sabarnya.

“Mesti dah tak lama… dah ada dalam planning. Tunggu masa je nak umumkan,” komen beberapa netizen.

Must-Watch Video

Advertisement