Skip to main content

Hiburan

Syed Saddiq Dahulukan Tugas Di Parlimen, Bulan Madu Kemudian - “Lokasi Tidak Boleh Beritahu Kerana…”

Syed Saddiq Dahulukan Tugas Di Parlimen, Bulan Madu Kemudian - “Lokasi Tidak Boleh Beritahu Kerana…”

Sekilas

  • Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, utamakan tanggungjawab Parlimen sebelum berbulan madu bersama isteri, Bella Astillah.
  • Mereka akan berbulan madu selepas persidangan Parlimen tamat pada Disember, dengan lokasi yang dirahsiakan sebagai kejutan.
  • Syed Saddiq juga merancang luangkan masa bersama keluarga sempena cuti Deepavali dan hujung minggu Parlimen.
Advertisement

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendahulukan tanggungjawab sebagai wakil rakyat sebelum berbulan madu bersama isterinya, Bella Astillah.

Menurutnya, perancangan bulan madu mereka perlu mengambil kira komitmennya menghadiri persidangan Parlimen yang berlangsung sehingga Disember.

“Lawatan pertama adalah Parlimen kerana Parlimen akan bersidang sehingga Disember dan itu masih tanggungjawab asasi saya.

“Sementara saya juga berhutang tanggungjawab kepada isteri saya secara peribadi, saya juga ada tanggungjawab kepada rakyat Malaysia yang memilih saya untuk berada di Parlimen,” katanya ketika ditanya mengenai destinasi dan tarikh bulan madu mereka.

Mengulas lanjut, Syed Saddiq berkata, mereka akan berbulan madu selepas selesai komitmen tersebut, namun belum mendedahkan lokasi pilihan.

"Selepas sesi Parlimen barulah akan pergi berbulan madu. Lokasi tidak boleh beritahu kerana ia adalah kejutan buat Bella. Kalau bersama dengan orang yang tepat, ke mana sekali pun akan jadi tempat menarik," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau merancang memanfaatkan cuti Deepavali serta hujung minggu untuk meluangkan masa bersama Bella dan dua anak mereka, Ayden Adrean serta Ara Adreanna.

Menurutnya, kesempatan ketika Parlimen tidak bersidang akan digunakan untuk bercuti singkat bersama keluarga.

“Dalam masa terdekat ini akan ada cuti pendek. Kita ada cuti Deepavali, Sabtu dan Ahad Parlimen cuti.

“Di situlah saya akan ambil lebih masa peribadi dengan isteri dan dua anak saya,” katanya.

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 32, selamat disatukan sebagai suami isteri pada 10 Oktober lalu.

Majlis akad nikah pasangan itu berlangsung di Menara Merdeka 118, Kuala Lumpur, dengan mas kahwin RM500.

Pasangan yang dikenali sebagai BASS itu kemudian diraikan dalam majlis resepsi di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) dengan kehadiran kira-kira 3,000 tetamu.

Anda mungkin berminat dengan

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Gila-Gila SS/Bebola Jubin/Jubin Papan/Papan Daun (26cm-27cm) GA-10

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

Must Watch Video

Advertisement