Skip to main content

Hollywood

Sylvester Stallone Dedah Gaduh, Siku Richard Gere Kerana Minyak Ayam

Sylvester Stallone Dedah Gaduh, Siku Richard Gere Kerana Minyak Ayam

Sekilas

  • Sylvester Stallone mendedahkan pernah bergaduh dengan Richard Gere semasa penggambaran filem The Lords of Flatbush pada 1974 dalam memoir terbarunya, The Steps.
  • Ketegangan bermula ketika sesi improvisasi apabila Gere bertindak kasar dan situasi memuncak selepas minyak ayam tertumpah pada Stallone, menyebabkan Gere disingkirkan dari produksi.
  • Robert De Niro juga meninggalkan produksi dan digantikan bersama Gere oleh Perry King dan Henry Winkler, yang kemudiannya menjadi sahabat baik Stallone.
Advertisement

Pesohor legenda Hollywood, Sylvester Stallone mendedahkan pernah berseteru atau bergaduh dengan rakan aktor Richard Gere sewaktu sama-sama terlibat dalam penggambaran filem The Lords of Flatbush pada 1974.

Pendedahan tersebut ditulis dalam memoir terbaharunya, The Steps, yang diterbitkan hujung bulan lalu.

Advertisement

Stallone, 80, mendedahkan ketegangan antara mereka sebenarnya bermula sejak sesi uji bakat filem yang turut dibintangi Robert De Niro berkenaan, lapor People.

Menurut Stallone, semua berjalan lancar sewaktu dia dan De Niro menjalani sesi improvisasi.

“Saya masih ingat semuanya berjalan dengan baik antara saya dan De Niro. Kami cuba bercakap antara satu sama lain. Saya memang suka proses improvisasi dan mencipta dialog secara spontan,” tulisnya.

Advertisement

Namun, keadaan berubah apabila dia mula berlakon bersama Gere.

Stallone mendakwa Gere mula bertindak kasar ketika sesi improvisasi apabila aktor itu menarik bajunya sehingga mengalami calar kerana tersangkut kuku.

“Saya meminta supaya berhenti, tetapi dia mengulanginya pada babak kedua. Dia mungkin tidak menyedarinya, tetapi Gere sudah mula menganggu emosi saya,” katanya.

Stallone kemudian meminta kebenaran pengarah, Stephen Verona untuk memberikan reaksi sebenar sekiranya situasi tersebut berlaku dalam kehidupan nyata.

“Saya bertanya kepadanya, ‘Boleh saya berimprovisasi di sini dan bertindak seperti mana saya akan bertindak jika seseorang melakukan perkara itu kepada saya dalam kehidupan sebenar?’”

Apabila Verona bertanya apa yang akan dilakukannya, Stallone menjawab secara terus terang: “Saya akan tumbuk giginya.”

Bagaimanapun, pengarah itu sempat memberi amaran ringkas: “Tolong jangan.”

Ketegangan antara mereka kemudiannya memuncak pada waktu makan tengah hari.

Stallone menceritakan bagaimana dia dan Gere berada di dalam kereta dan mengingatkan aktor tersebut supaya tidak membuat keadaan bersepah.

Namun, minyak daripada ayam yang dimakan Gere tertumpah dan terkena kaki Stallone.

“Minyak ayam mengalir dari pembalut aluminium dan terkena kaki saya,” tulis Stallone.

Dia kemudian mengaku menolak Gere dengan sikunya sebelum keluar dari kereta, datang ke bahagian tempat duduk Gere dan menarik aktor itu keluar.

Menurut Stallone, Gere ketika itu berkata dengan suara perlahan: “Hei, saya tak mahu bergaduh.”

Namun, Stallone membalas: “Sudah terlambat.”

Pengarah  akhirnya terpaksa masuk campur dan meminta salah seorang daripada mereka meninggalkans et penggambaran.

Akhirnya, Gere disingkirkan daripada barisan pelakon, manakala De Niro turut meninggalkan produksi berkenaan.

Kedua-dua watak mereka kemudiannya digantikan oleh Perry King dan Henry Winkler.

Menariknya, perubahan barisan pelakon itu menjadi permulaan kepada persahabatan sepanjang hayat antara Stallone dan Winkler.

Stallone dalam memoirnya turut mengenang bagaimana Winkler banyak memberikan sokongan kepadanya ketika dia masih cuba mencari tapak dalam industri Hollywood.

Sementara itu, wakil Gere tidak memberikan sebarang maklum balas berhubung dakwaan tersebut.

Anda mungkin berminat dengan

Bear Tale Finger Painting Book

Bear Tale Finger Painting Book

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

adidas Lifestyle ADIDAS DISNEY BACKPACK Unisex Blue KA9881

NIKO Magic Water Book Painting

NIKO Magic Water Book Painting

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement