Sekilas
- Mek Dinda menjelaskan tiada sebarang 'amalan rahsia' dalam hubungannya dengan Datuk Seri Siti Nurhaliza, sebaliknya ia berdasarkan keikhlasan dan rasa hormat.
- Beliau percaya dengan mendoakan kejayaan orang lain, rezeki dan peluang akan datang tanpa disangka.
- Mek Dinda bersyukur dapat mengenali dan belajar daripada Siti Nurhaliza yang dikatakan sangat baik hati dan merendah diri.
Personaliti media sosial, Mek Dinda tampil menjawab pertanyaan seorang netizen yang tertanya-tanya mengenai hubungannya bersama Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang dilihat semakin akrab.
Menjawab persoalan itu, Mek Dinda menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang "amalan rahsia" untuk mendekati penyanyi tersohor itu.
“Tak ada amalan rahsia pun. Saya cuma percaya, bila kita ikhlas dengan orang, hormat semua orang, tak kira siapa, dan sentiasa doakan kejayaan orang lain, insya-Allah Allah akan buka jalan yang kita tak sangka," katanya.
Dalam masa sama, Mek Dinda turut meluahkan rasa syukur kerana diberikan peluang mengenali Siti Nurhaliza dengan lebih dekat.
Menurutnya, penyanyi tersohor itu merupakan seorang insan yang baik hati dan sentiasa merendah diri meskipun berada di kemuncak populariti.
“Datuk Seri Siti Nurhaliza adalah seorang yang sangat baik dan merendah diri. Saya cuma bersyukur dapat peluang jumpa Biduanita dan belajar daripada beliau," ujarnya.
