Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Syukur Kes Dah Selesai, Ibu Syed Saddiq Teruja Nak Buat Persiapan Kahwin - “Baru Boleh Fikir Nak Ikat Bunga Telur…”

IMG 6200

Sekilas

  • Ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani, kini teruja untuk buat persiapan majlis kahwin anaknya selepas keputusan rayuan akhir dibacakan.
  • Mereka tangguhkan persiapan kerana menunggu keputusan mahkamah yang akhirnya membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan.
  • Syed Saddiq dan Bella Astillah telah bertunang pada 28 Mac lalu dan kini boleh fokus pada persiapan perkahwinan.
Advertisement

Ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz meluahkan rasa teruja untuk membuat persiapan majlis perkahwinan anaknya bersama tunang, Bella Astillah.


 

Advertisement

Menurut Sharifah Mahani, dia dan seluruh ahli keluarga sebelum ini sengaja menangguhkan segala persiapan kerana mahu menunggu keputusan rayuan akhir membabitkan Syed Saddiq terlebih dahulu.


 

“Kami memang belum membuat sebarang persiapan kerana menunggu keputusan hari ini. Hari inilah penentunya. Sekarang barulah boleh fikir nak ikat bunga telur, cari telur dan membuat persiapan lain.

Advertisement


 

“Sebelum ini memang tiada mood langsung kerana selagi perkara ini belum selesai, kami tidak mampu memikirkan soal majlis.


 

“Bayangkan jika keputusan hari ini tidak memihak kepada Saddiq, bagaimana perasaan kami? Saya juga tidak mahu mengecewakan keluarga Bella. Perkara ini bukan berlaku setahun dua, tetapi sudah berlarutan begitu lama,” katanya kepada Gempak.


 

Sharifah berkata demikian ketika ditemui sejurus selesai prosiding rayuan akhir Syed Saddiq di Istana Kehakiman, Putrajaya, pada Isnin.


 

Mengulas lanjut, Sharifah mengakui dia tidak dapat melelapkan mata dan hilang selera makan kerana terlalu memikirkan keputusan yang bakal diputuskan mahkamah.


 

“Memang saya tak tidur. Tak boleh makan juga. Orang kata kalau bercinta sampai tak mandi, tapi ini lain pula ceritanya.


 

“Syukur alhamdulillah, Saddiq dikelilingi insan-insan yang menyayanginya dan memahami segala pengorbanannya,” ujarnya.


 

Terdahulu, Mahkamah Persekutuan mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Syed Saddiq daripada semua pertuduhan berkaitan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (ARMADA) Bersatu.


 

Keputusan itu sekali gus menyaksikan bekas Menteri Belia dan Sukan itu dilepas dan dibebaskan sepenuhnya daripada sabitan serta hukuman tujuh tahun penjara, dua sebatan dan denda RM10 juta.


 

Untuk rekod, Syed Saddiq dan Bella Astillah mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu.

Anda mungkin berminat dengan

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

READY STOCK NOVENCCI Unisex Men's Outdoor Sneakers Sport Shoes Kasut Sukan Man Shoes

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

CROSSRUNNER Plus Size 4XL 5XL 6XL 7XL Big Round Neck Jersey Sport Training T-Shirt Unisex Microfiber Baju Jersi CRR7000

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

Unisex Shoe insole shoes men Shoe padding Tapak Kasut Dalam Pelapik Kasut Shoe insole arch support 鞋垫防痛久站

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

YIDISEN Mesh Breathable Men's Lazy Shoes One-Pedal Convenient Soft-Soled Wear-Resistant Travel Easy

Must Watch Video

Advertisement