Skip to main content

Rancangan Realiti

Szu Lin Wakili Malaysia Dalam Siri Realiti Original Baharu Korea, Bite Me Sweet!

Szu Lin wakil malaysia

Sekilas

  • Viu lancarkan siri realiti makanan terbaru, Bite Me Sweet, yang menampilkan cef pastri wanita dari Asia Tenggara dan selebriti Korea dalam cabaran pencuci mulut bertemakan budaya makanan snek Korea.
  • Szu Lin dari Malaysia, pembuat kek premium LinLin Cake Shop, mewakili negara dalam pertandingan yang turut disertai cef dari Hong Kong, Thailand, dan Filipina.
  • Siri 10 episod ini menggabungkan elemen makanan, kecantikan, dan fesyen, dengan pemenang berpeluang buka pop-up store di Singapura, ditayangkan eksklusif di Viu sejak 17 April.

Platform penstriman video OTT terkemuka di Malaysia, Viu telah mengumumkan tayangan siri realiti makanan terbaharunya iaitu Bite Me Sweet.

Dihoskan oleh Yoon Shi-yoon, Bite Me Sweet menggabungkan lima cef pastri wanita terbaik dari Asia Tenggara bersama lima selebriti Korea Selatan, Lee Sae-on, Sung Seung-ha, Cha Joo-wan, Bae Min-ki dan Lim Sung kyu yang digandingkan untuk bersaing dalam cabaran pencuci mulut, diinspirasikan oleh budaya makanan snek dari Korea.

 


Istimewanya lagi, mewakili Malaysia adalah pembuat kek premium di sebalik LinLin Cake Shop iaitu Szu Lin, yang terkenal dengan rekaan kek kreatif dan mempunyai lebih setengah juta pengikut di media sosial.

Turut menyertai pertandingan ini ialah cef dari Hong Kong, Thailand dan Filipina, masing-masing membawa identiti dan cita rasa tersendiri yang mencerminkan kepelbagaian dunia pencuci mulut Asia Tenggara hari ini.

Lebih daripada sekadar pertandingan memasak, Bite Me Sweet menampilkan gabungan inovasi kulinari dan gaya hidup visual yang menarik, dengan mengetengahkan makanan sebagai ekspresi budaya dan emosi.

Siri ini turut menggabungkan elemen makanan, kecantikan dan fesyen, menjadikannya sebuah pengalaman tontonan yang lebih menyeluruh.

Pasukan yang menjuarai pertandingan ini bakal berpeluang membuka pop-up store Bite Me Sweet di Singapura, sekaligus membawa jenama ini dari skrin ke dunia nyata.

Diterbitkan oleh Studio CR, siri 10 episod ini merupakan antara penambahan terbaharu dalam portfolio kandungan realiti dan gaya hidup Viu yang semakin berkembang untuk penonton serantau dan global.

Siri ini juga merupakan sebahagian daripada kerjasama pelaburan bersama Viu dan Korea Creative Content Agency, susulan memorandum persefahaman yang dimeterai pada Ogos 2024.

Kerjasama ini memfokuskan kepada pembangunan kandungan Korea premium yang digabungkan dengan elemen Asia Tenggara serta berpotensi menembusi pasaran global.

Bite Me Sweet telah pun ditayangkan secara eksklusif sejak 17 April di semua pasaran Viu.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must-Watch Video

Advertisement