Skip to main content

Hiburan

T-ARA Kembali Ke Malaysia Menerusi Fan-Con Solo 'Summer Again'

T-ARA Kembali Ke Malaysia Menerusi Fan-Con Solo 'Summer Again'

Sekilas

  • Kumpulan legenda K-Pop generasi kedua, T-ARA, akan mengadakan T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] pada 9 Ogos 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur.
  • Empat anggota T-ARA iaitu Qri, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon akan bergabung semula untuk persembahan lagu popular serta sesi interaksi eksklusif bersama peminat.
  • Tiket dijual mulai 7 Julai 2026 dengan pelbagai kategori harga dan manfaat seperti sesi Hi-Bye, album bertandatangan, dan peluang bergambar bersama ahli kumpulan.
Advertisement

Kumpulan legenda K-Pop generasi kedua, T-ARA, bakal kembali menemui peminat di Malaysia menerusi T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] yang akan berlangsung pada 9 Ogos 2026, jam 5 petang di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. 

Acara yang dianjurkan oleh T-Rex Studio Sdn Bhd itu bakal menyaksikan empat anggota T-ARA iaitu Qri, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon bergabung semula di atas pentas untuk menghiburkan peminat menerusi persembahan lagu-lagu popular mereka, selain sesi interaksi dan pelbagai manfaat eksklusif yang disediakan kepada pemegang tiket.

Fan-con ini juga menjadi penampilan solo pertama T-ARA di Malaysia selepas beberapa kali hadir sebagai sebahagian daripada festival atau konsert yang menghimpunkan ramai artis K-Pop. 

Ditubuhkan pada tahun 2009, T-ARA merupakan antara kumpulan wanita paling berpengaruh dalam gelombang kedua K-Pop. Sepanjang lebih sedekad dalam industri, mereka membina reputasi menerusi konsep muzik yang pelbagai, daripada pop dan retro sehinggalah EDM, sekali gus melahirkan pelbagai lagu yang terus dikenang peminat sehingga hari ini. 

Antara lagu yang melonjakkan nama T-ARA termasuk Bo Peep Bo Peep, Roly-Poly, LoveyDovey, Cry Cry, Day by Day, Sexy Love, Number Nine dan Sugar Free, yang bukan sahaja mencatat kejayaan di Korea Selatan, malah mendapat sambutan di Jepun, China dan pelbagai negara Asia. 

Nama T-ARA sendiri diambil daripada perkataan tiara, melambangkan cita-cita kumpulan itu untuk menjadi "ratu" dalam industri muzik. Sehingga kini, mereka masih mempunyai kelompok peminat setia yang dikenali sebagai Queen's di seluruh dunia. 

Walaupun setiap ahli kini aktif dengan kerjaya solo masing-masing, mereka terus bergabung semula untuk menghasilkan muzik baharu serta mengadakan persembahan khas dan acara bersama peminat. Malaysia turut mempunyai sejarah tersendiri bersama T-ARA. 

Kumpulan itu pernah mengadakan beberapa persembahan di negara ini termasuk showcase pada tahun 2012, konsert terbuka di Johor Bahru pada 2015, K-Pop Music Wave Concert di Pulau Pinang pada 2017, dan kemunculan di The Ye!loO Concert di Kuala Lumpur pada 2025. 

Kehadiran mereka kali ini dijangka menjadi antara acara yang paling dinanti peminat tempatan kerana ia memberi tumpuan sepenuhnya kepada T-ARA menerusi sebuah fan-con khas. 

Tiket bagi T-ARA FAN-CON IN MALAYSIA 2026 [Summer Again] mula dijual pada 7 Julai 2026, jam 12 tengah hari menerusi platform Ticketing Tix dan GimmeTix. Harga tiket ditawarkan dalam tujuh kategori iaitu RM888, RM788, RM688, RM588, RM488, RM388 dan RM338.

Setiap kategori menawarkan manfaat berbeza termasuk sesi Hi-Bye, album dan poster bertandatangan, polaroid bertandatangan serta peluang bergambar bersama ahli kumpulan dalam format 4:1, 4:5, 4:10 dan 4:20, bergantung kepada kategori tiket yang dibeli. 

Bagi pemegang tiket kategori RM888, penganjur memaklumkan mereka dijamin menerima satu sesi bergambar yang akan dijalankan sama ada dalam format 4:1, 4:5 atau 4:10. 

Dengan lebih 17 tahun dalam industri hiburan, kepulangan T-ARA ke Malaysia bukan sekadar mengubat kerinduan peminat lama, malah membuka peluang kepada generasi baharu untuk menyaksikan sendiri persembahan salah satu kumpulan wanita yang pernah mencorakkan sejarah K-Pop. 

Mengenai T-ARA 

T-ARA ialah kumpulan wanita K-Pop dari Korea Selatan yang membuat penampilan sulung pada tahun 2009. 

Kini dianggotai oleh Qri, Eunjung, Hyomin dan Jiyeon, kumpulan ini pernah menjadi antara nama terbesar dalam gelombang kedua K-Pop menerusi deretan lagu popular yang mendapat sambutan di seluruh Asia. Nama T-ARA diambil daripada perkataan tiara, yang melambangkan mahkota dan cita-cita mereka untuk menjadi antara kumpulan wanita terkemuka dalam industri muzik. Peminat rasmi mereka pula dikenali sebagai Queen's, selari dengan konsep nama kumpulan tersebut. 

Sepanjang perjalanan karier, T-ARA terkenal dengan kebolehan mereka bereksperimen dengan pelbagai konsep muzik, daripada pop, retro dan dance sehinggalah EDM. Antara lagu paling dikenali mereka ialah Bo Peep Bo Peep, Roly-Poly, Cry Cry, Lovey-Dovey, Day by Day, Sexy Love, Number Nine dan Sugar Free. Walaupun setiap anggota kini aktif dengan kerjaya masing-masing, T-ARA masih terus bergabung untuk menghasilkan muzik baharu serta mengadakan persembahan dan acara khas bersama peminat di seluruh dunia.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement